Cara-Cara Membuat Dada Ayam Goreng kicap

Resipi Ayam Goreng Kicap aku ni amat mudah dan cukup senang disediakan... Walaupun senang rasanya memang sedap. Amat menepati citarasa... menarik dan sedap. Namun asasnya masih sama dengan resipi goreng kicap yang lain iaitu, mesti ada kicap dan sos tiram... Jom kita ke Laman Dapur Maya Ezujusoh



Dada Ayam Goreng Kicap

Bahan-Bahannya:
Dada Ayam

Bawang Besar dan Cili Padi

Kicap Lemak Manis dan Sos Tiram

 Cara-cara membuatnya:
Ayam dipotong... tapi jangan terlalu kecil takut keras isinya apabila digoreng

Kemudian masukkan serbuk kunyit dan sedikit garam 

Gaul sebati

Bawang Besar pula dihiris bulat

Cili Padi dipotong dua je

Ayam tadi digoreng dahulu dengan menggunakan minyak yang agak banyak

Sekali sekala tu kacaulah.. sehingga kekuningan

Apabila kekuningan ... buangkan minyak... biar tinggal sedikit sahaja

Kemudian masukkan sos Tiram

Masukkan Kicap Lemak Manis. Kemudian kacau

Selepas itu bolehlah terus masukkan cili dan bawang

Kacau dan biarkan sehingga masak (dalam 2 atau 3 minit je).. Sudah masak

hidangkanlah...Yamyammmyyyyy... sedap sehingga menjilat jari.


Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...