Cara-Cara Membuat Kailan Goreng Ikan Masin

Kailan adalah salah satu sejenis  sayuran hijau yang kaya dengan vitamin dan mineral yang membantu dalam tumbesaran dan perkembangan sistem imunisasi di dalam badan manusia. Sekali gus dapat mengelak daripada pelbagai jangkitan penyakit yang dewasa ini sukar dikekang. Manakala serat diet yang terdapat di dalam sayuran hijau juga dapat membina sistem penghadaman yang baik dan boleh mencegah sembelit.Karotenoid yang terdapat di dalam sayuran juga adalah sejenis bahan fitokimia yang boleh mengelakkan anak-anak kita daripada terkena jangkitan penyakit yang berbahaya... kesimpulannya sebagai ibu bapa kita mestilah memastikan anak-anak kita mendapat serat diet yang terdapat di dalam sayur-sayuran secukupnya dan sayuran itu juga mestilah pelbagai...so salah satu menu sayuran yang aku nak share hari ini ialah Cara-Cara Membuat Kailan Goreng Ikan Masin. Jom kita ke Laman Dapur Maya Ezujusoh


Kailan Goreng Ikan Masin


Bahan-bahannya:

Seikat Kailan

Bawang Putih

Lada Besar (khas dibawa dari Kelantan)
Ikan masin (Tenggiri)


Cili Padi
 Cara-cara membuatnya:
Kailan dipotong... suka hatilah nak buat macam manapun janji potong  tetapi batangnyta tu perlu dihiris nipis-nipis

Cili Padi, Bawang Putih dan Bawang Merah ditumbuk (lupa nak upload la pula gambar Bawang Merah tu...)

Kemudian panaskan minyak

Apabila minyak sudah panas bolehlah terus masukan bahan yang telah ditumbuk tadi

Tumislah sehingga kekuningan

Sememtara tu di atas Sayur Kailan tadi bolehlah tabur sedikit sahaja garam dan serbuk perasa... ingat ya garam tu letak sedikit sahaja kerana takut ikan masin yang kita guna tu dah masin... nanti kan darah tinggi pulak. Kemudian terus  je masukan ke dalam kuali 

Selepas itu masukan pula lada besar yang telah dipotong 

Kacau sebati... 2 atau 3 minit dah siap

Bolehlah terus dihidangkan... makanlah semasa masih panas.



Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...