Cara-Cara Membuat Sweet Sour Udang

Sudah lama rasanya aku tidak ke Laman Dapur Maya Ezujusoh... Akhir-akhir tahun macam  ni terlalu banyak tugasan yang terpaksa aku siapkan...Laporan bertimbun....kerja tu...kerja ni tapi Allhamdulillah setakat ni semuanya berjalan seperti  yang telah ditetapkan,  cuma bab  nak share resipi  tu le yang susah sikit... yalah kena mencuri masa emas sikit. Semalam aku jalan-jalan kat Pasar borong Selangor, apabila dah puas pusing-pusing dan membeli barangan basah suami ajak aku balik coz tangannya dah penuh dan biru, apa taknya, membimbit pelbagai bahan mentah untuk dijadikan lauk makan tengah hari...Alamak kesiannya...sedangkan aku melenggang je...hihihi...memang setiap kali beli barangan tu le gayanya, aku tunjuk je...sedang kami on the way nak balik tu  suami aku ternampak le satu tempat yang penuh dengan udang... macam-macam saiz dan fresh lagi... dia ni kalau makanan laut pecah liur le..."Balik nanti buat Sweet Sour Udang nak", sambil dia menjeling ke arah aku. Aku angguk-angguk... ok je coz dalam kepala ni pun tengah fikir resipi untuk Laman Dapur Maya Ezjusoh...So hari ni aku nak share cara-cara membuat Sweet Sour Udang ... Jom kita masak dulu


                                                           
Sweet Sour Udang


Bahan-bahannya:



Udang segar bugar
Buah Nenas, Lada Benggala, Bawang Besar Merah dan Kuning, Bawang Putih, Tomato, Serai, dan Batang Saderi
Cili Kering
Sos Cili dan Sos Tiram




Cara-cara membuatnya:
Udang tu digunting janggut dan kakinya

Buah Nenas pula dipotong dadu... kecil je 
Kemudian Nenas tadi direbus dulu... mendidih je  padamkan apinya


Semua bahan dipotong dadu...Kecuali Serai diketuk dan Batang Saderi  potong biasa 


Bawang Putih dicincang halus
Cili Kering direndam dulu dengan air panas, nanti senang untuk diblend
Toskan dulu nenas yang telah direbus tadi
Cili Kering pula diblend lumat
Sambil- sambil tu bolehlah terus tumiskan Bawang Putih


Apabila sudah kekuningan masukan terus Cili 


Dan kacaulah sehingga naik minyak
Macam nilah
Kemudian boleh masukan Cili Sos. Biarkan... tapi kalau terlalu kering masukan sedikit air
Selepas tu bolehlah masukan Bawang Besar yang telah dipotong dadu
Kalau kering masukan sedikit air lagi
Masukan Serai yang telah diketuk
Dan terus je masukan tomato
Sos Tiram juga bolehlah terus dimasukan. Kacau hingga sebati
Masukan Nenas. Biarkan sekejap


Kemudian bolehlah masukan Udang
Kacaulah sehingga sebati dan biarkan sehingga hampir masak
Dalam 2 atau 3 minit sebelum masak bolehlah masukan Batang Saderi dan  Lada Benggala
Kacaulah hingga sebati, apabila dah nak masak boleh masukan garam, gula, dan serbuk perasa
Sudah siap dan bolehlah dihidangkan


Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...