Cara-Cara Membuat Jus Saderi N Epal

Jus Saderi dan Epal amat bagus dan sesuai untuk kesihatan. Jus Saderi  boleh mengawal tekanan darah, kadar kolestrol dalam darah... dan  juga dapat mengurangkan berat badan sekiranya pengambilanya diambil secara berterusan dan konsisten (rujuklah pakar pemakanan)  tetapi jus saderi tidak disyorkan  bagi mereka yang mempunyai tekanan darah rendah, dan berdasarkan maklumat yang aku peroleh juga... pengambilannya hanya disyorkan sekali sahaja dalam sehari... mungkin takut over dos... wallahua'lam... hanya Dia yang maha mengetahui.. Ok jom kita buat Jus Saderi



Jus Saderi

Bahan-Bahannya:
Epal dan  Saderi
 Cara-Cara Membuatnya:

Cuci kedua-duanya bersih-bersih

Potong batang Saderi

Epal juga dipotong kecil

Terus je... masukan ke dalam blender
Masukan air masak

Kemudian terus je blend sehingga lumat

Kemudian boleh terus tuangkan ke dalam gelas
Siap dan bolehlah terus diminum... jangan tunggu lama coz takut khasiatnya hilang.
 Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...