Cuti-cuti macam ni adalah peluang paling aku dan keluarga aku tunggu-tunggu kerana pada hari-hari macam ni biasanya aku dan keluarga aku dapat berkumpul. Adib anak aku yang sulung dapat balik dari asramanya... abahnya juga akan pasti berada di rumah... ya lah kalau hari-hari biasa dia sibuk... seawal 6.30 pagi dah keluar rumah dan apabila jam menghampiri angka 7 petang barulah dia akan pulang.... hai ni le dunia sekarang, jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran deh leee...OK lah pada hari ni aku nak share cara-cara untuk memasak Gulai Lemak Ikan Kembung, aku sebenarnya masak nasi berlauk pagi ni untuk sarapan. Kalau di Kelantan nasi berlauk ni tersohor untuk sarapan pagi selain nasi kerabu. OK kita ke Laman dapur Maya Ezujusoh dulu...
Nasi Berlauk (Gulai Lemak Ikan Kembung)
Bahan-bahannya:
|
Timun, bawang merah, kunyit, 2 hiris lengkuas, asam keping dan, cili padi |
|
Ikan Kembung yang segar bugar. Ikan tu siang dulu dan potong dua |
|
Sebiji kelapa parut (untuk santannya) tetapi sekiranya ikan tu sedikit je guna sebelah kelapa pun dah ok |
|
Mula-mula kelapa tu aku blend dulu sebab aku nak guna santan tu untuk blend bahan-bahan yang lain (kalau campur air takut cair nanti tak menyenggat sangat rasanya) |
|
Selepas je kelapa parut diblend kita bolehlah tapis santannya |
|
Ini pula adalah bahan-bahan yang akan diblend, bawang merah, kunyit, dan lengkuas |
|
Masuk je ke dalam blender... kemudian tekan... tengok dah pun siap bahannya |
|
Manakala timun tadi dibelah dua dan dipotong (untuk gulai mesti potong besar sikit kalau nak dibandingkan dengan yang kita nak buat ulam) |
|
Kemudian ikan tadi bolehlah terus dimasukkan ke dalam kuali... sorry ya aku memang suka masak dalam kuali kalau kalian nak guna pekakas lain ok je... |
|
Kemudian boleh terus masukkan timun, cili padi, dan juga asam keping |
|
Selepas tu bolehlah tuang bahan-bahan yang telah diblend tadi ke atas bahan-bahan yang telah dimasukkan ke dalam kuali |
|
Kemudian masukkan juga santan (tuang-tuang je... dalam memasak kita tak boleh takut-takut, kalau tak sedap cuba lagi sekali dan kalau dah sedap upgradekan lagi) |
|
Apabila semua telah dimasukkan ke dalam kuali... bolehlah bukakan apinya.. sederhana sahaja... untuk masakan gulai ni jangan terlalu lama sebab takut ikan tu hancur... dan apabila mendidih biarkan ia mendidih dalam 4 atau 5 minitnya dah ok... tapi tengok le ikannya kalau tak masak biarkan dulu ia terus mendidih. Apabila dah hampir masak masukkan juga garam, sedikit gula, dan sedikit serbuk perasa |
|
Sudah siap... tunggu untuk dihidangkan je.. tapi kalau aku terus je letak di atas nasi... amat enak di makan ketika masih panas dan dimakan bersama-sama dengan sambal belacan |
|
Yang ini khas untuk yang tersayang ... semoga permulaan hari yang indah untuk kita sekeluarga |
Selamat Mencuba... menu yang ini kalau tak cuba rugi tau... rasanya amat sedap dan yang penting cara penyediaanya amat mudah sekali... bye jumpa lagi.