Nasi Impit Kuah Kacang |
Nasi Impit (Rebuskan selama 1 jam) |
Kacang Tanah (1/2 kilo) |
Bawang merah, serai, halia, belacan, dan gula melaka |
Cili kering (yang gemuk ni tak pedas) |
Kelapa parut (untuk santannya) |
Selepas direbus selama 1 jam, beras tadi akan menjadi nasi impit, biarkan nasi impit tadi sejuk agar senang untuk dipotong |
Serai dipotong |
Serai dipotong |
Bawang juga dipotong |
Semuanya dimasukkan ke dalam blender... oppp jangan lupa belacan tu |
Blend sehingga hancur |
Macam ni dah ok dah (kemudian letak dulu kat tepi) |
Manakala kacang tanah tadi digoreng tanpa minyak (disangai) |
Perlu digoreng sehingga kulitnya tanggal (ranggup) |
Kulit tu perlu dibuang sebenarnya, coz kalau tidak dibuang rasanya akan pahit |
Sementara kita blend atau tumbuk guna lesung kacang tanah tadi, kita bolehlah panaskan minyak |
Kalau aku blend je... tapi kena hati-hati coz kita nak kacang tu tidak terlalu hancur |
Macam ni agak cantik |
Apabila minyak sudah panas, bolehlah terus masukkan bahan yang telah diblend tadi |
Tumis hingga garing |
Sambil-sambil tu bolehlah blend kelapa parut tadi dan tapiskan |
Dah tapis letak je kat tepi dulu |
Dah hampir garing |
Apabila garing terus masukkan gula melakan 2 atau 3 keping (kalau nak manis letak lebih, tapi kalau tak suka manis letak je 2 keping) |
Apabila gula melaka dah hancur terus masukkan santan |
Kacau hingga sebati dan biarkan ia mendidih (lama sikit tau coz kita nak santan tu pecah minyaknya |
Kemudian boleh terus masukkan kacang tanah |
Biarkan ia mendidih dan ingat ya kacang tu kena banyak coz kita nak kuah kacang ni pekat |
Dah hampir masak... jangan lupa masukkan sedidkit garam dan juga serbuk perasa ajinomoto (sikit je tau) |
Sambil-sambil tu nasi impit tadi bolehlah dipotong |
Sudah masak dan siap untuk dihidangkan sekali |
Nasi impit tadi potong dadu tau... tapi kalau tak nak pun tak pe... suka hatilah nak potong macam mana pun |
Dah siap...uuummmmmm sedappppnya... cuba tau ... mudah ringkas dan pastinya amat sedap. |
Selamat mencuba.
BEST!!
ReplyDeleteBEST!!
ReplyDeleteBila raya mesti google resepi ni..heheh.
ReplyDeleteJemput singgah blog sy ea.. dirawanhartawan.blogsport.com
Mcm mana nak buat kuah ni kuning keemasan ye?
ReplyDeleteEmmm....sdp laa ...dh try buat mmng mnjdi
ReplyDeleteLainnya apa? Lain dari yg lain sebab
ReplyDelete1. Guna Santan
2. Tak guna asam
3. Kulit kacang dibuang
Masa tak mengizinkan dah lama tak share resipi yang simple2 tetapi meletup ni....
ReplyDelete