Kue Teuw Pataya |
Kue Teuw, Bawang Putih, Daun Kucai, Tauge |
Sos Tiram |
Telur |
Kerang |
Udang |
Dan Cili Giling (Cili Kering) |
Kerang direbus dahulu |
Udang dibuang kulitnya |
Bawang dikupas kulitnya |
Daun Kucai dipotong sepanjang 2 inci |
Kerang tu... ambil isi sahaja |
Bawang putih pula direncah sahaja... tak perlu tumbuk sehingga lumat |
Langkah pertamanya... masukan sedikit minyak ke dalam kuali... panaskan |
Apabila minyak sudah panas boleh terus masukan bawang yang telah direncah tadi (Tumbuk kasar-kasarlah) |
Biarkan sehingga kekuningan... tetapi jangan lupa kena kacau sekali-sekala tu... takut hangit |
Kemudian teruslah boleh masukan cili Kering yang telah diblend tadi |
Biarkan ia sehingga masak dan garing macam gambar kat atas tu.. lepas tu masukan sedikit sahaja cuka makan |
Dan terus je masukan udang ke dalam kuali |
Kacaulah... dan masukan juga sedikit air (secawan air) |
Seterusnya masukan kicap (tengok kuantiti kue teuw tu) |
Seterusnya terus masukan Sos Tiram, sedikit garam dan gula |
Masukan pula Daun Kucai |
Kemudian terus pecahkan telur (2 buiji oklah) |
Apabila dah hampir masak boleh macam ni boleh le masukan kue teuw dan kerang |
Hummm.. ni lah rupanya |
Masuk-masuk je... |
Kue Teuw pun sama terus masukan |
Macam nilah kemudian kacau hingga sebati |
Apabila sudah sebati bolehlah masukan Tauge |
Kacau lagi |
Sudah masak... Apabila dah masak letak je kat tepi dapur |
Macam ni sahaja (ingat panas tu) |
Kemudian bolehlah letakkan Kue Teuw yang telah digoreng tadi |
Bungkuslah ia |
Tekan-tekan sikit supaya ia melekat |
Lipat lagi sehingga menutupi semua Kue Teuw tadi... Kemudian telengkupkan pinggan ke atas Kue Teuw yang telah dibungkus... angkat kuali dan terbalikkan... pegang pinggan tu kuat-kuat takut terjatuh |
Letakkan sedikit sos dan daun ketumbar sebagai hiasan |
Tunggu nak makan je... |
Yummmmmmmmmy..... |
Amsyar dah nak makan dah tu |
Untung kakak hari ni..umi masak special untuk kakak..Kalau masakan pataya-pataya ni kegemaran dialah ni. |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment