Cara-Cara Membuat Asam Laksa

Asam Laksa memang sedap dimakan... kalau kita tengok dari segi khasiatnya... Asam Laksa ni sudah lengkap dengan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita... dan yang paling bestnya Asam Laksa ni tak ada santan dan tak ada juga minyak... jadi amat sesuai bagi mereka yang ingin mengawal pengambilan kolestrol dalam badan mereka... hihihi betul ke tak kenalah study tentang campuran bahan yang digunakan untuk membuat Asam Laksa...Asam Laksa juga merupakan kegemaran salah seorang kakak ipar aku...Kalau raya je mesti ada Asam Laksa kat rumah dia...Tapi yang ni versi aku punyalah...dan seperti biasa cara memasakpun simple je...Jom kita intai Laman Dapur Maya Ezujusoh...


Asam Laksa


Cara-Cara Membuatnya:
Mula-mula beli laksa kering kat kedai dulu. Kemudian terus rebuskan... guna periuk yang besar dan air tu mesti banyak... senang cerita, Laksa tu kena tengelamlah... apabila dah lembut, toskan dan masukan ke dalam bekas untuk dihidangkan

Telurnya direbus. Kemudian kopek dan belah dua

Ulam-ulamannya boleh terus dihiris halus... Biasanya ulam tu mestilah salad, timun, bawang besar, nenas, dan cili padi. Kemudian mesti ada limau kasturi.
Ini pulak bahan untuk buat kuahnya. Ikan mesti dikukus dulu. Bahan-bahan dalam ikan kukus tu biasanya beberapa hiris lengkuas dan asam keping sahaja.

Masukan sedikit garam
Kemudian terus buka api... rebuslah sehingga masak
Apabila sudah masak terus buang tulangnya dan blenderlah... guna air putih biasa je...
Bahan-bahan yang diblender tu biasanya  serai, bawang merah, halia, cili kering, dan sedikit belacan

Ini bahan-bahannya... cuma yang tak ada kat situ... belacan... lupa nak ambik gambar belacan
Air tu biar banyak coz takut rosak blender tu...
Blend macam ni je
Kemudian apabila sudah lumat terus masukan ke dalam periuk atau kuali
Pasang api. kemudian biarkan sehingga ia mendidih dan jangan lupa masukan beberapa keping asam keping
Kemudian masukan daun kesom
Masukan bunga kantan
Kacau dan biarkan ia mendidih... lagi lama lagi bagus
Inilah rupa Asam Laksa yang sudah siap untuk dimakan


Selamat mencuba...





1 comment:

  1. Salam...lengkap cara nye...n mudah sgt2 nk ikut...satu persatu di ajar dn di tunjuk..terima kasih..mmg sedap dn menjadi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...