Semenjak dua menjak ni aku dapat lihat perubahan suami aku dalam selera makannya...Kalau pergi je kat Mydin mesti dia akan beli ikan Salmon...ni mungkin penangan abang dia ni...coz masa aku pergi rumah abang ipar kat Damansara hari tu dia bakar ikan Salmon.. dan kami ratah macam tu jee...sedappp... mula-mula tu aku pun agak pelik coz aku bukannya reti nak masak Ikan Import ni...yang aku tahu bakar jelah...Namun dalam masa yang sama otak ni pulak selalu je fikir macam mana nak masak supaya kena dengan selera suami.... aduiii... susah jugak. Tetapi yang pastinya Ikan Salmon amat sedap dimakan apabila dimasak tak kiralah sama ada menggunakan rempah ratus kita ataupun resipi dari negara luar. Baru-baru ni aku telah mencuba satu lagi resipi kita dengan menggunakan Ikan Salmon dan ternyata hasilnya..Ummmmm yummmy... amat meyelerakan dan amat sedap... iaitu Gulai Tempoyak.. Anak-anak aku dan suami aku amat suka akan menu ni... so percubaan aku amat berjayalah. Jadi hari ini aku amat teruja sekali untuk berkongsi bagaimana cara-cara untuk membuat Gulai Tempoyak Kepala Ikan Salmon... Jom kita ke Laman Dapur Maya Ezujusoh
|
Gulai Tempoyak Kepala Ikan Salmon |
Bahan-bahannya:
|
Bahannya amat mudah dan sememangnya sudah sedia ada di dapur dan kalau kat kampung tu... ada je di belakang ataupun di tepi rumah... kunyit, halia, cili padi, serai, daun kesom, bunga kantan, bawang merah, dan timun tua |
|
Cili kering |
|
dan mestilah ada tempoyak...kalau tak de susah... kena cari sampai dapat |
|
Kunyit, halia, dan bawang merah mesti diblend |
|
Cili Kering juga perlu kita blend... yang ni kita guna sikit je.. dalam 2 atau 3 sudu |
|
Timun dengan bunga kantan potong je... |
|
Serai dan cili padi aku ketuk dengan alu lesung... sekali ketuk je coz tak nak hancur. Daun kesom tu potonglah pendek-pendek |
|
Manakala Tempoyak aku bancuh dulu dengan air... coz tempoyak ni kalau tak dibancuh dulu... alamak berketullah masakan |
|
biar tempoyak dengan air tu sebati.... jadi air tempoyak...jus tempoyak |
|
Semua bahan dituang di atas ikan, ... mestilah dalam periuk, cuma cili kering tu jangan letak terlalu banyak |
|
Apabila semua bahan dicampur... boleh le terus masukan jus tempoyak |
|
Boleh terus tuangkan |
|
Amat mudah |
|
bolehlah buka api... renehkan |
|
Biarkan gulai tadi tu mendidih lama sedikit |
|
Sudah siap... |
|
boleh terus dihidangkan. |
Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment