Cara-Cara Membuat Gulai Tempoyak Ikan Patin

Pada Malam Hari Raya Haji yang lepas anak-anak buah suami aku datang... kebetulanya masa tu Hari Lahir aku dan juga anak perempuan aku... tarikh sama...suami aku selalu cakap save budjet ..2 dalam 1...aku tak kisahlah janji dia ingat dan sambut hari lahir tu walaupun biasa-biasa..tapi hadiah tu kena special lah... Hari tu juga aku teringat yang dalam peti ais aku ada seekor ikan patin yang Wa bagi... ikan tu besar sangat...katanya dia pancing sendiri... aku ni antara nak percaya dengan tak sama banyak...tapi ok je... coz benda free...Aku fikir inilah masanya nak masak ikan tu...makan ramai-ramai sedap sikit... ya lah lagi pun ikan besar kalau masak untuk family aku je susah nak habis..seronok ada tetamu, khususnya bila kita tak balik raya... Jom kita ke Laman Dapur Maya Ezujusoh


Gulai Tempoyak Ikan Patin
Bahan-bahannya:

Seekor Ikan Patin sungai... terkejut aku coz tak pandai nak siang ikan besar-besar gini

Ikan dipotong macam ni... Suami tak de masa ni nasib anak buah suami dah sampai..  jadi aku mintak je Ijam (anak buah) siang ikan tu... terpotonglah jugak ikannya
Tempoyak...3 hingga 4 senduk

Bahan-bahan lain bawang merah, serai, halia, kunyit, bunga kantan, daun kesom, dan timun tua

Jangan lupa sedikit cili giling... dua sudu je dah cukup... jangan letak lebih


 Cara-cara membuatnya:
Cili Kering mesti blend dulu... (2 atau 3 sudu je... coz nak kuah tu cantik)

Bahan -bahan seperti bawang, kunyit, dan halia diblend
Bunga kantan dan timun tua dipotong... sebenarnya nak potong macam mana tak kisah... janji potong

Serai tu aku ketuk je... begitu juga dengan cili padi... aku ketuk guna belakang pisau... manakala daun kesom aku racip guna tangan

Ikan Patin tadi aku basuh menggunakan asam jawa... coz asam jawa boleh menghilangkan bau ikan patin tu...

Tapi kena ingat asam jawa tu kena cuci bersih-bersih selepas tu coz takut rasa masam asam mempengaruhi rasa masakan...segar lagi ikan ni...  

Tempoyak tadi masukan ke dalam bekas

Masukan air. Kemudian kacau dulu sampai sebati ... buat macam ni supaya tempoyak tidak berketul-ketul dalam masakan

Bahan yang telah diblend tadi bolehlah dimasukan ke dalam periuk yang mengandungi ikan patin

Selepas itu masukan pula cili giling

Kemudian masukan serai

Masukan pula cili  padi yang telah diketuk

Masukan pula daum kesom

Masukan bunga kantan

Timun tua

Last sekali barulah masukan Tempoyak yang telah dicampurkan dengan air

Tuang je macam tu..

Haa...sudah siap...tunggu buka api je..

Kalau nak kuah tu banyak sikit, bolehlah tambah sedikit air

Buka api... dan api tu mestilah perlahan jee...biarkan sehingga masak

Sekali sekala tu bolehlah kacau

Letaklah gula,garam, dan lepas tu boleh juga masukan sedikit serbuk perasa

Sudah masak
Boleh terus dihidangkan... makanlah semasa masih panas... sedapppp... ingat pulak dekat Wa , Amer N Ana... sorry kami makan  dululah yee..


Selamat mencuba...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...