Cara-Cara Membuat Sup Ayam N Suhoon

Apabila nak masak kita sebagai ibu ni sering kali fikir apa yang anak kita suka makan... setahu aku anak-anak kecil ni memang memilih apabila nak makan, kalau apa yang kita masak tak kena dengan selera mereka... Alamak sanggup berlaparlah...tu leh juga perangai anak aku yang ketiga...Mat Athir... dalam kalangan adik beradik dialah yang kurus kering macam tak cukup zat... tapi yang peliknya bila "Mak" dia masak dia suka pulak makan... adui...jadi bila sekali sekala aku jemput anak-anak kat rumah "Mak" mereka aku terpaksalah mengendap atas meja maknya apalah menu-menu ajaib untuk menarik anak-anak makan...dan antara menunya yang aku nak share hari ni...Sup Ayam N Suhoon. Jom kita ke Laman Dapur Maya Ezujusoh

Sup Ayam dan Suhoon


                     Bahah-bahannya:
Bahan-bahannya... semua dalam gambar tu...
Bawang goreng

Ayam... mestilah... coz watak utama

 Cara-Cara Membuatnya:
Mula-mula sekali ayam tu kenalah potong... macam ni

Kemudian terus masukan ke dalam periuklah... airnya tu suka hatilah nak banyak mana pun

Rebuslah

Sambil-sambil tu bolehlah potong batang saderi, daun sup

Karot, ubi kentang... kalau nak bunga buat bunga... kalau tak nak... potong panjang boleh, dadupun boleh.. janji potong 

Bawang putih dengan halia tu... ketuk je dengan pisau...senangkan

Suhoon dan  pucuk  tu... rendamlah dulu dengan air paip biasa je

Lepas tu bawang besar tu belah enam... cili pula masuk je sebiji-sebiji... coz kalau nak makan pedas... 'penyek' le dalam pinggan sendiri

Selepas ayam mendidih (kalau boleh lamalah sikit) bolehlah masukan bawang putih 

Kemudian masukan sup bunjut

Kemudian bolehlah masukan ubi kentang (masak lama sikit takut keras)... Amsyar, anak aku yang paling kecik.. kalau ada ubi kentang dalam masakan pasti habis dimakannya

Kemudian masukan pula karot

Biarkan seketika
Seterusnya masukan pula bawang besar dengan cili

Biarkan... tapi sekali sekala tu kenalah kacau

Kemudian apabila hampir masak masukan pula batang saderi

Tengok semua tu dah bercampur... baunya pun dah naik... Tiba-tiba  "wanginya, Umi... laparlah" ha... hebat penangan sup "Mak" ni..

Last sekali barulah aku masukan suhoon dan pucuk ke dalam sup yang hampir masak

Tunggu sekejap je lagi... dah nak masak ni tapi jangan lupa... sedikit garam dan juga serbuk perasa... masakan ni kalau rasa tak cukup tak sedap.

Dah masak... tunggu nak hidang je

Apabila dah masak masukanlah  ke dalam mangkuk... bolehlah letak daun sup dengan bawang goreng... siap untuk dimakan


Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...