Cara-Cara Membuat Sayur Bayam

Bayam oh bayam... hari-hari kena ambik bayam coz orang kata bayam ni sejenis sayuran yang boleh menambahkan sel darah merah... Aku dari dulu sehinggalah pertengahan puasa baru-baru ni memang tak makan sayur bayam ni..tapi nak dijadikan cerita pada bulan puasa baru-baru ni aku buat Blood Test kat klinik... coz selepas baik je daripada demam denggi dulu badan ni mudah sangat rasa penat...check punya check rupa-rupanya kekurangan nutrisi...dan sel darah merah pula pembentukanya kurang elok... kena rujuk pula pakar pemakanan...kat situ le aku diajar makan makanan yang betul dan sihat... dan langkah segeranya aku disuruh ambil dulu Iberet Folic yang biasanya diambil oleh ibu-ibu mengandung... Masyaallah...kemudian secara semulajadinya aku digalakan makan banyak sayuran , khasnya bayam... punya lah baik pakar pemakanan tu siap ajar sekali macam mana nak masak dengan betul...simple tapi rasanya boleh tahan... dan sekarang dah jadi menu kegemaran aku... dan suami pula seakan-akan faham... setiap kali pergi pasar atau Mydin mesti cari bayam  ni...TQ... amat-amat dihargai..





Cara-cara membuatnya:


Bayam yang telah siap dibersihkan

Sedikit daging 

Bawang putih diketuk dengan belakang pisau ... bawang besar pula dihiris nipis... bulat boleh...memanjangpun boleh

Sedikit minyak masak (aku guna minyak shake) - campuran minyak sawit + minyak sayur 

Tumis dulu bawang putih sehingga kekuningan

Kemudian masukan daging yang telah dicincang halus

Kemudian terus masukan sedikit air

Biarkan sehingga daging empuk

Apabila sudah empuk terus masukan sayur bayam

Seterusnya masukan bawang besar 

Kacaulah...yang ini sekejap aje sudah masak tapi jangan lupa masukan sedikit garam dan serbuk perasa

Kemudian boleh terus dihidangkan... dan pasangannya

Yang ini...kalau suami aku boleh bertambah makan...katanya makanan darat orang kampung yang amat menyelerakan dia...boleh kaya lee kalau hari-hari makan cam ni... aku pun seronok masak. Happy di dapur.



Selamat Memcuba...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...