Cara-Cara Membuat Jus Peria

Ajal dan maut adalah ketentuan Ilahi yang sememangnya akan datang menjenguk kita apabila sudah tiba masanya tidak mengira usia, sama ada tua, muda, remaja, kanak-kanak mahupun bayi... malah dalam kadungan sekali pun... Tepat jam 3.30 petang, ibu yang amat aku sayangi telah meninggalkan aku dan kakak-kakakku....Mak aku telah meninggal pada PRU13 hari tu... Peristiwa ni telah meninggalkan kesan yang mendalam ke atas aku... sama ada dari segi mental ataupun fizikal...mulai saat tu juga aku dapat rasakan kesihatan aku mulai terjejas... perasaan aku jadi tidak keruan...  aku kesal sebenarnya... kerana kerjaya aku tak mampu untuk menjaga sendiri ibu yang pernah mengandungkan, melahirkan, dan mendidik aku sehingga aku menjadi seperti hari ini...sungguh mulia hatimu... semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat-Nya...Amin...Kesannya banyaklah petua yang kawan-kawan aku bagi khusus untuk menjaga kesihatan. Antaranya Jus Peria... dan memang sehingga hari ni aku akan minum Jus Peria tu... seminggu sekali...dan Alhamdulillah Allah SWT juga telah mengembalikan kesihatan kepada aku...Syukur...So perkongsian Menu kita hari ini adalah cara-cara untuk membuat Jus Peria...Jom..



Jus Peria

Bahan-Bahannya:


Peria dan Epal

Cara-Cara Membuatnya:

Buah Peria dibelah dua

Kemudian bijinya dibuang

Buah Epal dipotong kecil, supaya senang untuk diblend

Kemudian terus masukan kedalam blender

Buah Peria tadi juga perlu dipotong kecil

Seterusnya masukanlah ke dalam blender bersama-sama dengan buah  Epal yang telah dipotong

Segelas air putih 

Masukan air putih ke dalam blender bersama-sama dengan Epal dan Buah Peria. Kemudian terus blend

Sampai jadi macam nilah...

Tapiskan dan boleh terus diminum... tapi kalau tak suka pahit tambahlah sedikit gula untuk mengurangkan rasa pahit

Orang kata Jus Peria ni amat bagus untuk orang perempuan... Wallahua'alam

Selamat mencuba... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...