Cara-Cara Membuat Mi Goreng

Mi Goreng amat sedap dimakan tak kira masa... Mi Goreng boleh dimakan masa sarapan pagi, Mi Goreng juga boleh dimakan sewaktu tengah hari, petang, malam, dan tengah malam... janji tekak ni rasa nak makan.Mi ni amat cepat dan senang dimasak. Oleh sebab itu kat rumah kita mesti ada stok mi ni coz yelah takut-takut ada tetamu yang tak terundang datang kat rumah kita... nak angkat kopi O je tak tergamaklah pulak... betul tak...Hari ni Laman Dapur Maya Ezujusoh nak share resipi mudah untuk menggoreng Mi Kuning...Jom.

Mi Goreng

Bahan-Bahannya:


Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti bawang putih, fish ball, fish cake, sedikit daging, dan udang

Sebiji telur

Timun dan kangkung

Sos tiram nona dan kicap lemak manis kipas udang


Cara-Caranya:



Fish ball dibelah dua je
Daging dicincang kecil

Fish Cake dihiris nipis... bentuk tu macam mana pun tak kisah... ikut je..
Bawang putih tu ketuk je dengan belakang pisau
Kangkung dipotong pendek-pendek coz kalau kita nak goreng lebih baik pendek je...
Mi dibasuh bersih untuk kurangkan rasa kapur
Sedikit cili kering yang dah digiling atau diblend
Timun dihiris nipis untuk hiasan dan ulam...
Sedikit minyak. Kemudian panaskan... Ingat kuali tu kena guna ikut kuantiti Mi
Apabila minyak sudah panas, terus masukan bawang putih yang telah diketuk tadi

Sehinggalah menjadi kekuningan
Kemudian masukan cili giling. Kacau hingga sebati dan gorenglah sehingga masak... minyak naik ke atas
Lama sikit ... takut cili tak masak... perutpun boleh sakit tau
apabila dah masak masukan daging yang telah dipotong kecil tadi
Ingat masukan sedikit air coz takut daging keras dan tak masak
Apabila daging masak masukan terus udang yang telah dikopek kulitnya
Kacau sehingga sebati dan biarlah sehingga masak
Kemudian masukkan kicap
Masukan sos tiram... kemudian kacau hingga sebati
Masukan fish ball
Masukan fish cake dan kacau sebati
Masukan telur sebiji kemudian  tunggu sehingga hampir masak dan barulah kacau
Kemudian masukan kangkung
Masukan Mi
Kacaulah sehingga sebati. Ingat ya jangan msaukan garam...coz Mi sebenarnya dah masin...
Dah masak... masak ni dalam 15 minit je...
Hidanglah... dan kalau boleh jangan tunggu sejuk baru nak makan... nanti kesedapannya boleh hilang.. 



Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...