Cara-Cara Membuat Laksam

ummmm...Kombinasi santan dan ikan yang dikukus akan menghasilkan satu rasa yang tiada tandingan kesedapannya...manakala kelembutan rasa, aroma bau ulam-ulaman yang telah dicampur dengan pelbagai pucuk kayu-kayan menjadikannya bertambah enak...sesiapa yang telah merasai keenakan masakan ini pasti akan merinduinya... dan sudah pasti akan mencarinya untuk kali kedua, ketiga, dan seterusnya...oleh sebab kesedapannyalah telah membuat aku terpanggil untuk berkongsi cara-cara untuk membuat Laksam yang sedap ini...bagi merealisasikannya jom kita intai Laman Dapur Maya Ezujusoh... Ingatan tulus ikhlas buat anak didikku yang amat meminati Laksam... Safa Aziera...


Laksam
                                                                                  

Cara-Caranya:
Gunalah ikan sardin kerana ikan ini amat manis rasanya

Ikan Sardin perlu dikukus terlebih dahulu. Dalam kukusan tu masuklah asam keping, dan lengkuas

Masukkan sedikit garam

Kemudian kukuslah di atas api yang kecil. Biarkan sehingga masak. Bila dah masak padamkan api dan biarlah  ia sejuk supaya senang untuk dibuang tulang-temulangnya.

Ni adalah bahan yang digunakan untuk membuat laksam, iaitu tepung beras dan air paip...
Masukkan tepung beras ke dalam loyang dan masukkan air sedikit demi sedikit. sambil-sambil tu jangan lupa kena kacau coz takut tepung beras tadi tak sebati dengan air... 

Biarlah ia cair macam ni... dan ketulan tepung tadi sebati dengan air sepenuhnya. kemudian massukkan secubit garam. ingat kena sentiasa kacau kerana takut bacuhan tadi tepu di bawah loyang

Kemudian panaskan kukusan. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih

Apabila mendidih masukkan tutup periuk ke dalam kukusan dan sapu sedikit minyak masak di atasnya. untuk mengelak acuan tepung tadi melekat pada tutup periuk.
Kacau dulu sebelum masukkan di dalam kukusan

masukkan sedikit demi sedikit. hati-hati

Ikut pusingan jam. lembut-lembut... macam perempuan melayu terakhir tu...

Bila dah ok... tutuplah dan tunggu ia mengelembung sikit (tu tanda dah masak)

Tutup cam ni lee... ingat sekejap je ni.. cuba sentuh acuan dengan tangan kalu tak melekat maknanya dah masak.. kalau tangan tu kebal...pegang lama-lama. kakakahh.. kan dah kena.

Tunggu sejuk dulu baru pegang... tepi tu guna sudu dulu coz takut melekat
Kemudian gulunglah ia cantik-cantik
Cam ni

Lepas tu susunlah di dalam bekas.
Sambil-sambil tu bolehlah kita siapkan bahan-bahan untuk kuahnya pulak. Bahannya bawang merah, halia, serai, dan sedikit belacan.
Masukkan santan cair (kemacha) kemudian blendlah

Santan cair

Blend sampai lumat. Isi ikan juga mesti diblend.Tulang ikan kena buang semua sekali.

Terus je masuk ke dalam kuali. campur sekali dengan santan dan masuk sekali asam keping dan lada hitam (tumbuk lumat)
Pas tu kacau jangan berhenti. kalau tak santan dan air akan terasing
Laksamnya dah siap

Ulam-ulaman yang  digunakan... kalau kat kampung ada serai daun lagi sedap..
Laksam dipotong kecil

Sambal Jantan. Tumbuk cili dengan garam je... tak payah letak bahan lain

Wow...Siap... dah... so apalagi sedia untuk dimakan


Selamat Mencuba...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...