Cara-Cara Membuat Maggi Ketam

Sudah lama tak makan maggi... Tapi bila ingat je maggi aku pasti akan teringat kat arwah ayah aku...masa aku kecik-kecik aku memang tak suka makan nasi jadi arwah ayah ni bila time dekat aku nak balik sekolah dia akan beli maggi dan masakan untuk aku..maggi yang arwah ayah masak memang sedap.. macam-macam dia masukkan kat dalam tu... cendawan ada, petola pun ada, boleh kata hari-hari aku makan maggi...hinggakan kalau kat kampung aku tu... deorang panggil aku puteri maggi...kelakarkan... tapi semua tu dah jadi kenangan kerana dah ramai orang tua kat kampung aku tu dah meninggal... memorabilia yang akan terus kekal dalam ingatan. Panjanglah pulak ceritanya...Ok,Kalau cerita pendeknya.Hari ni teringin pulak nak makan manggi ketam... suami pulak yang masak...hihihi...beruntung..Jom kita masak...
 

Maggi Ketam

Cara-Caranya:


Mula-mula tu ketam direbus dulu

Sambil tunggu ketam masak...tu boleh lee potong bawang besar... dan bawang putih tu ketuk je dengan belakang pisau

Ketam tadi direbus sehingga mendidih dan sampai masak isinya.

Ni adalah bahan-bahan yang suami aku gunakan untuk buat maggi ketam tu... ada bawang merah, ada bawang putih, ada tomato, ada limau nipis, ada daun saderi, dan yang paling pentingnya maggi. Kalau maggi tak de... susah lee..

Bawang putih ditumis sehingga kekuningan

Kemudian masukkan air rebusan ketam dan ketam-ketam sekali ke dalam kuali. Apabila airnya dah mendidih  masukkan rencah maggi ke dalam kuali

Kemudian masukkan sebiji telur dan biarkan sehingga masak...sorryyy..nampak tangan je.

Biarkan ia mendidih lama sedikit... takut-takut ketam tu tak masak

Kemudian boleh lee masukkan maggi dan tunggulah sehingga masak...

Dah hampir masak baunya pun dah buat aku dengan anak-anak kelam kabut "Abah masak apa ni...sedapnya bau..." tapi ingat jangan terlalu lama kerana takut maggi menjadi terlalu lembik

Bila dah masak terus hidangkan dan makanlah semasa masih panas.


RASANYA...Yummmyyyyy... sedapppp.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...