Mi Goreng Mamak
|
Sotong dipotong kecil. Manakala daging pula dicincang halus |
Fish cake dihiris nipis |
Tauhu goreng pula dipotong empat je... |
Sawi dipotong sedang-sedang je... tak boleh terlalu pendek tak boleh terlalu panjang... Tapi sebelum tu cuci bersih-bersih dulu |
Bawang putih biasanya aku guna banyak sikit. Bawang ni aku akan tumbuk guna lesung batu je. |
Sos Tiram Nona... ni bukan nak iklan tapi aku biasa guna yang ni... kalau tak de yang ni guna je mana-mana sos tiram tak kisah... |
Pusing belakang lee...Kicap lemak manis |
Lepas tu jangan lupa telur |
Sotong |
Daging |
Lepas tu masukkan sos tiram. Kacau lagi |
Lepas tu masukkan kicap kacau lagi... kemudian masukkan satu sudu gula... ingat goreng mi tak boleh letak garam... masin. Pah tu kacau lagi biar sebati. |
Ni lah minya bila dah siap... Nampak tak atas mi tu ada cili hijau... Tu bukan apa hiasan semata-mata. |
Nampak menarik dan paling penting rasanya yang sedap |
Lepas tu letaklah dalam bekas yang cantik-cantik untuk dihidangkan supaya lebih menarik dan merangsang selera anak-anak . Wallahuaalam Ok ... Selamat mencuba... |
bagus kau tunjukkan cara gini. Saya dah 57 idupsendiri baru nak ke dapur.....
ReplyDelete