Cara-Cara Membuat Solod Lada

Salam. Aku pelik kerana bila ada je member aku tak boleh nak telan makanan kalau masakan tu tak pedas kerana amat berbeza dengan aku... Aku ni jenis kurang sikit nak makan kalau pedas bukan tak suka tetapi kalau aku makan je pedas perut aku akan memulas, alamak seharian le hari tu aku akan ke tandas. Bibir pulak akan jadi bibir Anjelina Jouli  le gamaknya... akan membengkak..seksi gitu.Lada ni amat pedas dan biasanya tak ramai yang tahu walaupun pedas..  tetapi kalau kena caranya amat sedap dimakan begitu saja. Aku yang tak boleh makan pedas ni akan telan sampai 3 atau 5 biji cili macam tu je... Jom kita ke Laman Dapur Maya Ezujusoh...



Solod Lada

Cara-Caranya:

Mula-mula ikan mestilah kita cuci bersih-bersih dulu, sebelum bakar je atas dapur gas... ya lah nak bakar tak de dapur kayu atau dapur arang... tapi kena alaslah kalu tak ada kuali non stick guna je tutup periuk tapi apinya tak boleh besar takut tak masak

Bakar sehingga masak kemudian tutup api dan biarlah sehingga sejuk

Kelapa parut digoreng sehingga kekuningan

Ni lah rupanya kelapa yang digoreng

Cili pula perlu dibelah tengahnya untuk dibuang bijinya... kiranya semua sekalilah

Guna pisau bahagian hujung yang tajam tu... untuk tolak bijinya ke atas dan tarik keluar semua sekali

Ini je bahan-bahannya halia, bawang merah, lada hitan, limau nipis, telur sebiji, dan cili besar...tapi walaupun tu je bunyinya. bila dicampur semua sekali rasanya amat sedap dam menyelerakan.

Jangan lupa sedikit kelapa parut yang agak muda dan belum digoreng

kelapa goreng dan kelapa parut

Tumbuk lumat bawang merah, halia, dan lada hitam... mesti lumat-lumat kalau tak lumat tak sedap nanti... 'rasa besepah'

Kemudian masukkan ikan bakar tadi tapi tulang-temulangnya kena buang dulu. Juga ditumbuk lumat

Kelapa parut juga ditumbuk lumat

Kelapa goreng juga ditumbuk lumat... campur semua sekali... kalau lesungnya kecik macam aku punya ni... setiap kali lumat, masuklah ke dalam bekas lain... pandai-pandailah nak cari bekas tu...

Kalau ada tupperware cam ni  ok lee... masuk je. pas tu masukkan garam

Masukkan gula dan serbuk perasa... sikit je...

Lepas tu masukkan telur sebiji 

Perah asam limau (sebelah je dah cukup)

Haaa... gaul sebati macam tu... waa... baunya... tak tahan...membangkitkan selera.

Kemudian masukkan rencah tadi ke dalam cili

Tekan kuat-kuat sikit coz takut terkeluar bila kita rebus nanti

Masukkan ke dalam periuk macam ni dan letak sedikit santan cair (kemacha)

Api kecik je... coz takut hangit pulak.. periuk tu pulak kena tutup. Ingat kena sentiasa check takut santan tadi kering...N hangit

Ni lah rupanya bila dah masak... hidang dan tunggu untuk belasah... yummmmmyyy.
Selamat mencuba... tak rugi tau... kalau ada cili besar kelantan yang kuning tu lagi best.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...