Ayam Berempah |
Cara-Caranya:
Beli je ayam yang dah dipotong siap. Cuci bersih-bersih |
Kemudian masukkan serbuk kunyit |
Dua tiga sudu je... tengok kuantiti ayam tu sama ada banyak atau sikit |
Lepas tu masukkan sedikit serbuk lada. brend apa pun tak kisah. kalau suka pedas letaklah lebih sikit |
Lepas tu masukkan serbuk kari... tapi ingat ya serbuk kari tak boleh banyak. takut senang hangit bila digoreng |
Kemudian masukkan rempah ketumbar, jintan manis, dan jintan putih... kalalu malas nak tumbuk beli je yang dah siap |
Last sekali barulah masukkan sedikit garam dan serbuk perasa |
Kemudian gaul sebati |
Macam ni lah rupanya... Kemudian goreng. Ayam berempah ni amat sedap dimakan masa panas-panas. |
Ok yaaa... Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment