Cara-Cara Buat Koktail Mangga N Jelly

 Selamat pagi semua. semalam kakak aku call katanya dia nak buat majlis sikit. bakar-bakar... nak jemputnya adik- beradik je...aku ni bila ada je majlis otak ni terus lee... melilau nak bawa apa ye...kat Saujana ni barang pelik-pelik tak de... tapi tak pe aku pergi je dulu tengok kat mini market yang ada kat sini... apa yang ada, kalau terlintas  kat kepala idea nak buat apa masa tu aku sapu je lah.. pergi KK tengok ada susu, aku  ambil susu dengan Jelly... Pergi Mael Save... ada mangga... ambil je lah."umm kastard ada doh dumah"... yess Koktail mangga N Jelly. So menu kita hari ni amat simple, mudah, senang diperoleh dan yang paling penting amat murah serta dalam katogeri sedap jugak lah... Bujang-bujang,kecik, besar, semuanya  boleh buat.

Koktail Mangga N Jelly





Cara-Cara nak buat Koktail Mangga:

Ni adalah bahan-bahannya susu cair, jelly, kastard, dan mangga

Mula-mula masukkan susu cair ke dalam periuk

Kemudian masukkan satu sudu kastard. Ingat jangan banyak nanti jadi pekat.

Kemudian kacau sehingga sebati.

kalau suka manis letak le sedikit gula .Dua sudu untuk dua tin susu ok dah. kalau manis sangat takut pulak kencing manis. Kacau sebati kemudian baru letak atas api yang sederhana perlahannya.

Kacaulah sehingga medidih, kalau boleh jangan tinggalkan kerana takut "jeluak". kalau tak faham istilah tu tak pe...aah. apabila sudah mendidih padamkan api. tapi terus kacau beberapa saat sehingga wap berkurangan. Tujuannya agar kuah tu cantik je.. biar kat situ dulu sekejap.

Buah mangga tadi perlu dikupas

Ni lah rupanya apabila dah masak

kupas guna pisau ni senang. Sekejap je dah siap

Ok. bila semua dah dikupas boleh le potong dadu

macam ni caranya... tapi kalau tak biasa buat cam ni jangan buat takut terpotongnya tangan

Potong panjang-panjang duu

Kemudian potong kecil-kecil (dadu).

Jelly pulak perlu dibuka satu-satu dan masukkan ke dalam bekas

Jelly tadi perlu ditapis airnya

Kemudian campur je macam ni.

Jadilah macam ni

Gambar dekat
Kemudian masukkan susu dan kastard yang telah  dimasak tadi

sudut sisinya macam ni lah rupanya

Sudut atas macam ni pulak. Warna-warni

Rupanya elok sesedap rasanya...



Selamat mencuba... rugi kalau tak cuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...