Cara-Cara Membuat Kerabu Mangga

Hari ini merupakan hari kedua umat Islam menyambut bulan Ramadhan dan seperti yang telah aku janjikan aku akan cuba kongsikan seberapa banyak menu sebagai pencetus idea untuk juadah berbuka kepada semua rakan Laman Dapur Maya, tetapi menunya mestilah yang aku telah sediakan untuk suami tercinta dan anak-anak tersayang. Hari ini aku ingin kongsikan satu menu yang amat mudah untuk disediakan iaitu Kerabu Mangga. Sebenarnya menu ni bagus disediakan sekiranya ibu mentua datang ke rumah pasti seronok dia, lagi-lagi kalau kita kata kerabu ni khas untuk dia ... Jom


Kerabu Mangga

Bahan-Bahannya:



Bahannya buah mangga, bawang merah, limau kasturi, kacang, cili padi, dan


kicap sotong

Cara-Cara Membuatnya:



Sagak buah mangga

Hiris bawang, potong cili, dan masukan kacang


Perah Limau Kasturi dan masukan beberapa sudu kicap sotong 


kemudian gaul sebati... sudah siap tetapi ingat ya tak payah masukan garam, gula segalanya tu


kemudian bolehlah dihidangkan


Selamat mencuba.









Cara-Cara Membuat Ikan Siakap Bakar Petai

Emm...pantas sungguh masa berlalu. Rasanya hampir setahun aku tak masukan resipi-resipi baharu dalam Laman Dapur Maya  ni. Entahlah kenapa dan mengapa? Kalau nak kata tak ada yang melayarinya bohonglah sebab setiap hari ada pelayarnya dan sememangnya melebihi sasaran target yang aku tetapkan... konon-konon capaian KPI lah tu...hahaha. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini aku  terpanggil untuk berkongsi dengan rakan-rakan maya semua tentang Cara-Cara Membuat Ikan Bakar istimewa yang aku ubah suai daripada menu masakan Ayam Goreng Pedas Ala Thai. kalau nak tahu betapa sedapnya menu ni mesti cuba. Pada aku amat sedap dan memang ada kelainan dari segi rasanya kerana kombinasi rasa petai yang dicampur dengan serai dan halia...pergh terangkat habis...Jom kita ke dapur


Ikan Siakap Bakar Petai


Bahan-Bahannya:


Bawang Merah, bawang Putih, Halia, Kunyit, cili padi, serai, daun limau purut, dan petai



Aluminum Foil



Ikan siakap



Cara-Cara Membuatnya:


Bahan-bahan utama ni perlu dibersihkan dan dipotong kecil agar senang hancur apabila diblend nanti


Petai dibelah dua



Ikan siakap diperap dahulu dengan sedikit garam



Bahan-bahan tadi terus diblend 
sehingga  lumat (kalau nak warnanya cantik masukan sedikit cili kering atau giling


Blend sampai jadi macam ni



Kemudian panaskan minyak


Apabila minyak sudah panas masukan bahan-bahan yang telah diblend tadi


Tumislah sehingga garing atau minyak naik



Daun limau purut dicarik-carikkan



Goreng sampai jadi macam ni tau



Apabila bahan tumis tadi telah naik minyaknya masukan daun limau purut dan petai


sekejap je tau

Kacau sebati


Ok boleh padamkan api. Tapi jangan lupa ya masukan gula, garam, dan serbuk perasa. Sekali rasalah ya...kalau dah expert ok campak-campak je...


Ikan tadi diletakkan di atas Aluminum Foil


Tuangkan bahan tumis tadi di atas ikan kemudian balutkan



Macam ni lah rupanya



Kemudian teruslah bakarkan di atas dapur gas (guna kuali pembakar) selama setengah jam tetapi disamping itu, ikan itu juga perlu dibalik-balikkan



Sudah masak. Tunggu masa je nak tunjuk hasilnya



Ten... teten...  yummm... baunya menusuk hidung amat menyelerakan


Yummy... makan dulu ya...jangan tak cuba


Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...