Cara-Cara Memasak Sardin

Masa aku kanak-kanak Sardin Tin susah nak makan. Maklumlah duit masa tu amat susah nak dapat...walaupun harganya amat murah tetapi emak dan ayah aku tak mampu nak belikan. Ya lah harga getah masa tu hanya 30 sen je sekilo... jauh kalau nak dibandingkan dengan harga sekarang... Tu lah susahnya orang tua aku  dulu hendak membesarkan aku dan ditambah lagi keluarga aku  yang agak besar. Walhal pada awal tahun 80an, seingat aku ikan sardin di dalam tin ni harganya tak sampai seringgitpun masa tu...namun susah juga nak merasa. Kalau ada tetamu barulah boleh tumpang sekaki ( kalau kat kampung aku ikan sardin ini dah masuk kategori makanan mewahlah masa tu). Hari ni aku nak share resipi simple macam mana nak masak sardin ni. Anak-anak aku amat suka apabila aku masak sardin macam ni... Kalau Si Athir tu alamak bertambahlah makannya. Jom kita ke Laman Dapur Maya Ezujusoh...


Sardin


Bahan-bahannya:

Sardin, bawang putih, bawang besar, cili padi, tomato, ubi kentang, dan karot

 Cara-Cara Membuatnya:

Bawang putih diketuk, cili juga diketuk, bawang besar dihiris nipis, tomato dibelah enam, ubi kentang dipotong empat, dan karot dihiris nipis (bentuk tu suka hati je)

Sedikit air 
Mula-mulanya masukan sedikit minyak ke dalam periuk atau kuali
Apabila minyak panas, masukan pula bawang putih yang telah diketuk. tumislah  sehingga kekuningan
Kemudian terus masukan air... jangan terlampau banyak... kena tengok  sikit atau banyak ikan sardin yang hendak dimasak
Biarkan sehingga mendidih
Kemudian masukan  ubi kentang. Ubi kentang perlu dimasukan awal kerana ubi kentang ni agak susah nak masak
rebus dulu ubi kentang sehingga empuk coz... bahan-bahan lain  biasanya tidak mengambil masa yang lama untuk masak
Kemudian masukan ubi kentang.. Biarlah sehingga   hampir empuk
Kemudian masukan ikan sardin
Kemudian masukan tomato
Kemudian masukan cili padi
dan... last sekali masukan bawang besar... garam dan sedikit serbuk perasa
Kemudian biarkan sehingga  mendidih. Sesekali tu kenalah kacau... jangan terlalu kerap kerana takut ikan sardin hancur. tapi jangan lupa. apabila mendidih je... terus tutup apinya.
Sudah siap dan boleh dihidangkan.
.

Selamat mencuba...

8 comments:

  1. oh , senang je rupanya . thanks babe . haha

    ReplyDelete
  2. berapa minit ye bila da letak ikan sardin? 1st time masak.....

    ReplyDelete
  3. Sekejap je...dalam 2 atau 3 minit

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Alhamdulillah sy dh ikut step2 yg admin beri. Sedap sangat. Thank you dear ;)
    Kalau ada recipe lain. Boleh share lg

    ReplyDelete
  5. Suke ikan sardin ni..senang nk buat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...