Cara-Cara Membuat Steamboat

Kesibukan sejak kebelakangan ini menghalang aku daripada terus melayari Laman Dapur Ezujusoh...terlalu susah untuk aku memcuri masa dan ruang, semuanya aku terpaksa penuhi dengan kerja-kerja yang entah bila akan berakhir... siap 
satu datang dua, siap dua datang tiga... ayooooo kalau ini macam...rumahtangga tunggang langgang anak-anak masuk longkang ooo..adusss... tapi apa-apa pun hari ini aku nak juga upload menu Steamboat yang aku buat pada hari tu... ketika family aku datang bertandang tempoh hari... Jom

Steamboat


Bahan-Bahan Sos
Sos Thai, Sos Tomato, Sos Cili, dan Sos Bawang Putih (mana-mana brand pun tak kisah)


Daun ketumbar


Keempat-empat sos tadi dimasukkan ke dalam periuk. Tambahkan 2 cawan air putih


Panaskan dengan api yang sederhana, kacau sampai mendidih


Apabila mendidih masukkan Daun Ketumbar yang telah dihiris nipis


Kacau sekejap... mendidih terus tutupkan api tadi. Kemudian terus boleh masukkan ke dalam bekas untuk dihidangkan.


Cara-cara membuat kuah tomyam:

Daun Ketumbar, Karoy, Serai, Bawang Putih, dan Bawang Merah


Ayam segar


Ayam dipotong dan terus dimasukkan ke dalam periuk


Masukkan juga air, dan terus bukakan  apinya... isi ayam ni biar ia mendidih lama-lama. lagi lama lagi sedap


Karot dipotong bulat (bunga-bunga gitu)


Bawang Besar dibelah enam


Bawang Putih diketuk je


Serai juga diketuk


Daun Ketumbar dipotong dalam seinci panjangnya


Apabila mendidih macam ni 


Cuci daun limau purut.. terus masukkan


Masukkan semua bahan yang telah diketuk tadi tu... senang kacang je


Haa.. nak senang lagi guna je perencah segera adabi


Masuk je ke dalam masakan yang sedang mendidih tu..


Cam ni lah rupanya


Kemudian baru masukkan karot, garam , gula, dan serbuk perasa


Last sekali masukkan dau Ketumbar. Mendidih je tutup lah api tu... siap lagi satu

Cara-cara membuat kuah sup:
Ayam direbus


Mendidih je masukkan serai, Bawang Besar, dan, Bawang Putih
Masukkan juga sedikit halia. Biarkan ia mendidih lama sedikit


Kemudian masukkan Bawang Besar dan daun Sup, dan jangan lupa sedikit garam, dan serbuk perasa


Mendidih je padamkan api... siap lagi satu

Cara-cara penyediaannya bahan-bahan Steamboat:

Yang ni beli je kat super market, lagi banyak jenis lagi sedap... tetapi pastikan halal


Daging dan ayamg, yang dihiris nipis


Kangkung, cendawan tiram, dan cendawan jepun


Susun elok-elok di dalam bekas


Telur... tapi cuci dulu... hidanglah bahan tadi mengelilingi periuk steamboat.. nanti senang merebus dan hehemm... makan leeee


Masukkan kedua-dua jenis kuah tadi ke dalam periuk Steamboat. On kan suisnya dan tunggu sehingga mendidih, apabila mendidih masukkan bahan-bahan tadi 


Macam dalam gambar ni... kalau suka Tomyam...Tomyamlah...Kalau suka Sup...Suplah... Yang ni memang sedap



Apabila dah masak...guna penyepit... panas tu
And boleh makan...ummmmmm amat-amat sedap.. selamat mencuba... Semua tetamu pada hari tu amat berpuas hati.








8 comments:

  1. Tak ada periuk steamboat pun tak apa.. guna je periuk ataupun kuali.

    ReplyDelete
  2. sya dh buat...sedap sangat..terima kasih atas perkongsian resepi ni=)

    ReplyDelete
  3. Mohon dcuri resepinye..😅 Nmpk sedap! Hrni baru beli set steamboat tu. Xsabar nk cube resepi akak ni.. Tq share..

    ReplyDelete
  4. Tq for sharing.. Periuk stembot is on the way...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...