Cara-Cara Membuat Kuah Kacang Nasi Impit

Hari ini aku agak free... so aku mengambil peluang ni untuk tambah menu masakan aku... Hari ini Laman Dapur Maya Ezujusoh akan kongsi satu menu yang tidak asing lagi bagi kita semua masyarakat di Malaysia ni, iaitu Kuah Kacang nasi Impit dan amat sedap juga sekirannya dimakan bersama-sama dengan Satay... Jom

Nasi Impit Kuah Kacang
Bahan-Bahannya:
Nasi Impit (Rebuskan selama 1 jam)


Kacang Tanah (1/2 kilo)


Bawang merah, serai, halia, belacan, dan gula melaka


Cili kering (yang gemuk ni tak pedas)


Kelapa parut (untuk santannya)
Cara-cara membuatnya:
Selepas direbus selama 1 jam, beras tadi akan menjadi nasi impit, biarkan nasi impit tadi sejuk agar senang untuk dipotong


Serai dipotong


Serai dipotong


Bawang juga dipotong


Semuanya dimasukkan ke dalam blender... oppp jangan lupa belacan tu


Blend sehingga hancur


Macam ni dah ok dah (kemudian letak dulu kat tepi)


Manakala kacang tanah tadi digoreng tanpa minyak (disangai)


Perlu digoreng sehingga kulitnya tanggal (ranggup)


Kulit tu perlu dibuang sebenarnya, coz kalau tidak dibuang rasanya akan pahit


Sementara kita blend atau tumbuk guna lesung kacang tanah tadi, kita bolehlah panaskan minyak 


Kalau aku blend je... tapi kena hati-hati coz kita nak kacang tu tidak terlalu hancur


Macam ni agak cantik


Apabila minyak sudah panas, bolehlah terus masukkan bahan yang telah diblend tadi


Tumis hingga garing


Sambil-sambil tu bolehlah blend kelapa parut tadi dan tapiskan


Dah tapis letak je kat tepi dulu


Dah hampir garing


Apabila garing terus masukkan gula melakan 2 atau 3 keping (kalau nak manis letak lebih, tapi kalau tak suka manis letak je 2 keping)


Apabila gula melaka dah hancur terus masukkan santan


Kacau hingga sebati dan biarkan ia mendidih (lama sikit tau coz kita nak santan tu pecah minyaknya


Kemudian boleh terus masukkan kacang tanah


Biarkan ia mendidih dan ingat ya kacang tu kena banyak coz kita nak kuah kacang ni pekat


Dah hampir masak... jangan lupa masukkan sedidkit garam dan juga serbuk perasa ajinomoto (sikit je tau)


Sambil-sambil tu nasi impit tadi bolehlah dipotong


Sudah masak dan siap untuk dihidangkan sekali


Nasi impit tadi potong dadu tau... tapi kalau tak nak pun tak pe... suka hatilah nak potong macam mana pun


Dah siap...uuummmmmm sedappppnya... cuba tau ... mudah ringkas dan pastinya amat sedap.



Selamat mencuba.

7 comments:

  1. Bila raya mesti google resepi ni..heheh.
    Jemput singgah blog sy ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete
  2. Mcm mana nak buat kuah ni kuning keemasan ye?

    ReplyDelete
  3. Emmm....sdp laa ...dh try buat mmng mnjdi

    ReplyDelete
  4. Lainnya apa? Lain dari yg lain sebab
    1. Guna Santan
    2. Tak guna asam
    3. Kulit kacang dibuang

    ReplyDelete
  5. Masa tak mengizinkan dah lama tak share resipi yang simple2 tetapi meletup ni....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...