Cara-Cara Membuat Nasi Goreng Petai

Hari ini sebelum gambar masakan yang aku telah ambil di delete oleh anak-anak atau Encik Husband aku lebih baik aku terus je upload dalam blog aku... Hari ini aku nak share satu menu istimewa anak ketiga aku... Dia masih kecil lagi tetapi amat suka petai... jadi hari ini Laman Dapur Maya Ezujusoh akan kongsi cara-cara untuk membuat Nasi Goreng Petai... Jom

Nasi Goreng Petai

Bahan-bahannya:

Petai yang perlu dikupas kulitnya

Sedikit ayam

Bawang Putih

Ayam dicincang kecil

Bawang Putih diketuk sahaja

Sedikit Ikan Bilis

Nasi kosong yang telah dihancurkan

Sos Tiram Nona

Ikan Bili digoreng terlebih dahulu
Cara-Cara Membuatnya:
Kemudian bawang putih ditumis

Apabila bawang putih kekuning-kuningan masukkan ayam

Sementara menunggu ayam masak bolehlah potong bawang besar 

Apabila ayam masak bolehlah masukkan pula sos tiram

Kemudian terus masukkan nasi dan gaullah sehingga sebati

Apabila nasi telah sebati dengan bahan-bahan rencah tadi bolehlah masukkan petai , garam,gula, dan sedikit serbuk perasa

Sebelum masukkan bawang besar pastikan dulu bahan yang telah dimasukkan tadi telah sebati dengan nasi

Kemudian masukkan pula ikan bilis yang telah digoreng

Gaul sebati dan sudah siap untuk dihidangkan

Akhir sekali masukkan lah daun saderi ... 
Selamat mencuba.

4 comments:

  1. sis.. memg msedap resepi nie.. sy dh cbe msk.. cme x letak petai.. sy gnti dgn kacang pjg.. tp memg sedap..

    ReplyDelete
  2. kalu x mahu letak garam,gula,perisa extra tu boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Garam adalah basic dalam masakan...kalau tawar memang rasanya akan hilang kecuali kalau dah ada perencah yang lain...seperti tumix, sesedap rasa dan sebagainya yang sememangnya banyak dipasaran... sebagai seorang penggemar makanan dan pencinta rasa... saya lebih memilih untuk mengimbangi rasa masakan dengan campuran garam dan sedikit gula...perasa tambahan.. dimasukkam apabila perlu sahaja.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...