Trifel Peach
Bahan-Bahannya:
|
Kek Gulung |
Susu Sejat |
Kristal Jeli |
Tepung Kastard |
Kek Gulung dipotong dan disusun ke dalam bekas kaca yang tahan panas |
Kemudian masakkan kastard bersama-sama dengan susu cair (sukatannya 1 tin susu sejat , 2 sudu gula, dan 2 sudu kastard) Kacau dulu sehingga sebati, kemudian baru panaskan di atas api |
Kastard tu perlu dikacau sehingga menjadi pekat dan berwarna keemasan (jangan berhenti) |
Buah Peach di dalam tin |
Air Buah Peach tadi perlu dituangkan diatas kek gulung yang telah disusun di dalam bekas kaca (untuk dapatkan rasanya) |
Kemudiankan tuangkan kastard tadi di atas lapisan kek gulung |
Tuang tu kenalah hati-hati... panas tu |
Tuangkan semuanya.. dan tunggu sehingga beku |
Sambil-sambil tu bolehlah potongg buah peach |
nampaknya macam sudah beku |
Langkah seterusnya susunlah buah peach tadi |
susun sehingga penuh |
Kemudian tuangkan kristal jeli di atas lapisan buah peach (secara perlahan-lahan) |
Tuang je... lupa pulak sukatan air untuk masak jeli tu hanya 400ml je... jangan terlebih |
Sudah tuang semuanya tunggulah sehingga sejuk dan masukkan ke dalam peti ais |
Sudah siap dan bersedia untuk dihidangkan |
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment