Cara-Cara Membuat Kailan Goreng Ikan Masin

Kailan adalah salah satu sejenis  sayuran hijau yang kaya dengan vitamin dan mineral yang membantu dalam tumbesaran dan perkembangan sistem imunisasi di dalam badan manusia. Sekali gus dapat mengelak daripada pelbagai jangkitan penyakit yang dewasa ini sukar dikekang. Manakala serat diet yang terdapat di dalam sayuran hijau juga dapat membina sistem penghadaman yang baik dan boleh mencegah sembelit.Karotenoid yang terdapat di dalam sayuran juga adalah sejenis bahan fitokimia yang boleh mengelakkan anak-anak kita daripada terkena jangkitan penyakit yang berbahaya... kesimpulannya sebagai ibu bapa kita mestilah memastikan anak-anak kita mendapat serat diet yang terdapat di dalam sayur-sayuran secukupnya dan sayuran itu juga mestilah pelbagai...so salah satu menu sayuran yang aku nak share hari ini ialah Cara-Cara Membuat Kailan Goreng Ikan Masin. Jom kita ke Laman Dapur Maya Ezujusoh


Kailan Goreng Ikan Masin


Bahan-bahannya:

Seikat Kailan

Bawang Putih

Lada Besar (khas dibawa dari Kelantan)
Ikan masin (Tenggiri)


Cili Padi
 Cara-cara membuatnya:
Kailan dipotong... suka hatilah nak buat macam manapun janji potong  tetapi batangnyta tu perlu dihiris nipis-nipis

Cili Padi, Bawang Putih dan Bawang Merah ditumbuk (lupa nak upload la pula gambar Bawang Merah tu...)

Kemudian panaskan minyak

Apabila minyak sudah panas bolehlah terus masukan bahan yang telah ditumbuk tadi

Tumislah sehingga kekuningan

Sememtara tu di atas Sayur Kailan tadi bolehlah tabur sedikit sahaja garam dan serbuk perasa... ingat ya garam tu letak sedikit sahaja kerana takut ikan masin yang kita guna tu dah masin... nanti kan darah tinggi pulak. Kemudian terus  je masukan ke dalam kuali 

Selepas itu masukan pula lada besar yang telah dipotong 

Kacau sebati... 2 atau 3 minit dah siap

Bolehlah terus dihidangkan... makanlah semasa masih panas.



Selamat mencuba.

Cara-Cara Membuat Ikan Cencaru Bakar

Sudah lama tak makan ikan Cencaru.Teringin pulak rasanya nak makan ikanCencaru Bakar . Ikan Cencaru bakar ni kalau ikut ada banyak versi dan salah satu versinya yang aku nak share kat Laman Dapur Maya pada hari ni. Seingat aku ikan Cencaru ni dulu harganya agak murah kerana ramai orang tak suka makan ikan ni selain kulitnya yang tebal tu.. Nak siang...alamak susah, tetapi tu dulu le... sekarang harganya boleh tahan jugak..dah mencecah hampir belasan ringgit dalam sekilo dan kalau tak pandai nak siang tu... minta je orang kat kedai yang siangkan untuk kita... nak macam mana cakap je... sekarang semuanya senang... Oklah jom kita masak dulu


Cencaru Bakar 

Bahan-bahannya:


Seekor ikan Cencaru (Besar)
Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Belacan, dan Cili Padi

Cara-Cara Membuatnya: 

Ikan Cencaru mesti dibelah belakang dan dikupas kulitnya
Semua bahan-bahan tadi perlu ditumbuk dan terus je masukan sedikit garam dan sedikit serbuk perasa

Ikan Cencaru pula disapu dengan sedikit garam
Kemudian sapu je bahan yang telah ditumbuk tadi pada ikan... tetapi di dalam perutnya kena masukan banyak sikit

Siap dah..tunggu nak dibakar je...
Bakarlah... tapi tu hangit sikit coz api agak besar
Dah siap...ummmmm baunya amat menyelerakan


Selamat mencuba.

Cara-Cara Membuat Lala Bersos Tiram

Lala merupakan salah satu makanan bercengkeram yang amat sedap dimakan begitu sahaja ataupun dimakan bersama-sama dengan nasi putih.  Selain rasanya yang sedap, harganya pulak tidaklah mahal. Pada aku penyediaannya juga amat mudah ... terutamanya bagi mereka macam aku ni...yang sememangnya tak suka nak cari bahan-bahan pelik untuk memasak... tapi yang penting rasanya yang sedap...  malah bahan yang digunakan amat simple... mana-manapun boleh dapat... so antara resipi yang aku nak share bersama dengan rakan Dapur Maya Ezujusoh pada hari ni ialah cara-cara untuk membuat Lala Bersos tiram


Lala Bersos Tiram
Bahan-bahannya:


Lala, Bawang Putih, Sos Tiram, dan Daun Kucai



Cara-Cara Membuatnya:

Lala dicuci bersih... sejat airnya

Daun Kucai pula dipotong panjang-panjang ( 1 atau 2 inci)

Bawang putih dikupas kulitnya

Cili Padi kalau nak makan pedas tapi kalau tak nak masukpun tak pe

Tumbuk Cili Padi dengan Bawang Putih

Kemudian bolehlah terus panaskan minyak Sedikit  (2 atau 3 sudu sahaja)

Kemudian apabila minyak sudah panas masukan bahan yang telah ditumbuk tadi

Apabila bahan yang ditumbuk tadi sudah kekuningan bolehlah terus masukan Sos Tiram... ingat ya terus masukan cepat-cepat lala tu kerana masakan ni sebenarnya beberapa minit je dah masak

Terus masukan lala

masukan pula Daun kucai

Dan masukan secubit garam... kemudian kacaulah sehingga sebati ... tak sampai 5 minit masaklah...

Masak dah... terus hidangkan semasa masih panas... sekian dulu.


Selamat mencuba.

Cara-Cara Membuat Jus Saderi N Epal

Jus Saderi dan Epal amat bagus dan sesuai untuk kesihatan. Jus Saderi  boleh mengawal tekanan darah, kadar kolestrol dalam darah... dan  juga dapat mengurangkan berat badan sekiranya pengambilanya diambil secara berterusan dan konsisten (rujuklah pakar pemakanan)  tetapi jus saderi tidak disyorkan  bagi mereka yang mempunyai tekanan darah rendah, dan berdasarkan maklumat yang aku peroleh juga... pengambilannya hanya disyorkan sekali sahaja dalam sehari... mungkin takut over dos... wallahua'lam... hanya Dia yang maha mengetahui.. Ok jom kita buat Jus Saderi



Jus Saderi

Bahan-Bahannya:
Epal dan  Saderi
 Cara-Cara Membuatnya:

Cuci kedua-duanya bersih-bersih

Potong batang Saderi

Epal juga dipotong kecil

Terus je... masukan ke dalam blender
Masukan air masak

Kemudian terus je blend sehingga lumat

Kemudian boleh terus tuangkan ke dalam gelas
Siap dan bolehlah terus diminum... jangan tunggu lama coz takut khasiatnya hilang.
 Selamat mencuba.

Cara-Cara Membuat Kue Teuw Pataya

Sudah lama rasanya aku ni tak masak kat Laman Dapur Maya Ezujusoh... entahlah masa terlalu singkat dan pendek... setiap hari ada je urusan yang perlu aku uruskan dan siapkan... komitmen terhadap urusan lain yang terpaksa aku dahulukan menyebabkan Laman Dapur aku ni sepi je...hari ni aku agak free... sekali gus dapatlah nak share satu resipi iaitu bagaimana nak buat Kue Teuw Goreng Pataya... dan kalau mengikut suami dan anak-anak aku...  keu teuw  Pataya yang aku buat ni yum yum sedapppp.. dan cara membuatnya amat simple cuma apabila nak membungkus tu je yang susah sikit coz kena ada kemahirannya.. Ok Jom kita menggoreng dulu..

Kue Teuw Pataya
Bahan-Bahannya:
Kue Teuw, Bawang Putih, Daun Kucai, Tauge
Sos Tiram

Telur
Kerang

Udang
       

Dan Cili Giling (Cili Kering)

 Cara-Cara Membuatnya:

Kerang direbus dahulu
Udang dibuang kulitnya

Bawang dikupas kulitnya

Daun Kucai dipotong sepanjang 2 inci

Kerang tu... ambil isi sahaja

Bawang putih pula direncah sahaja... tak perlu tumbuk sehingga lumat

Langkah pertamanya... masukan sedikit minyak ke dalam kuali... panaskan

Apabila minyak sudah panas boleh terus masukan bawang yang telah direncah tadi (Tumbuk kasar-kasarlah)

Biarkan sehingga kekuningan... tetapi jangan lupa kena kacau sekali-sekala tu... takut hangit

Kemudian teruslah boleh masukan cili Kering yang telah diblend tadi

Biarkan ia sehingga masak dan garing macam gambar kat atas tu.. lepas tu masukan sedikit sahaja cuka makan

Dan terus je masukan udang ke dalam kuali

Kacaulah... dan masukan juga sedikit air (secawan air)

Seterusnya masukan kicap (tengok kuantiti kue teuw tu)

Seterusnya terus masukan Sos Tiram, sedikit garam dan gula

Masukan pula Daun Kucai

Kemudian terus pecahkan telur (2 buiji oklah)

Apabila dah hampir masak boleh macam ni boleh le masukan kue teuw dan kerang

Hummm.. ni lah rupanya

Masuk-masuk je...

Kue Teuw pun sama terus masukan

Macam nilah kemudian kacau hingga sebati

Apabila sudah sebati bolehlah masukan Tauge

Kacau lagi
Sudah masak... Apabila dah masak letak je kat tepi dapur

 Cara-Cara Membungkus Kue Teuw Pataya:
Telur mesti dipecahkan ke dalam bekas yang berasingan... masukan sedikit lada sulah dan kacau sehingga sebati... kuali pula perlu disapukan dengan sedikit minyak...kemudian terus panaskan kuali... apabila dah betul-betul panas tuangkan telur tadi mengikut pusingan kuali... buat bulatan...kemudian angkat kuali pusinglah mengikut pusingan jam atau sebagainya agar  ia menjadi bulatan penuh..kemudian biarkan sekejap....tutup api dan kemudian bolehlah menggunakan sudu untuk memastikan telur tidak melekat pada kuali

Macam ni sahaja (ingat panas tu)

Kemudian bolehlah letakkan Kue Teuw yang telah digoreng tadi

Bungkuslah ia

Tekan-tekan sikit supaya ia melekat

Lipat lagi sehingga menutupi semua Kue Teuw tadi... Kemudian telengkupkan pinggan ke atas Kue Teuw yang telah dibungkus... angkat kuali dan terbalikkan... pegang pinggan tu kuat-kuat takut terjatuh

Letakkan sedikit sos dan daun ketumbar sebagai hiasan

Tunggu nak makan je...

Yummmmmmmmmy.....

Amsyar dah nak makan dah tu

Untung kakak hari ni..umi masak special untuk kakak..Kalau masakan pataya-pataya ni kegemaran dialah ni.


Selamat mencuba...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...