Cara-Cara Membuat Asam Pedas Melaka Ikan Salmon

Masak Asam Pedas Melaka ni aku pernah tengok isteri kawan suami aku masak... Masa tu dia jemput suami aku, dan juga beberapa orang lagi kawan untuk makan tengah hari kat rumahnya di Taman Tasek Prima Puchong... aku sengaja datang awal coz suami aku kata nanti boleh lee tolong...dan memang masakan Asam Pedas Melaka Ikan Merah yang dibuat amat sedap... pendek kata menjilat jarilah siapa yang makan masa tu...aku ni pulak pantang rasa benda sedap, pasti aku akan balik dan terus masak menu yang sama tetapi cubaan aku pastinya ikan lainlah...haaaa... nak tahu apa aku masak.... sudah tentu Masak Asam Pedas Melaka Ikan Salmon... klas gitu...tengah gila ikan Salmonlah katakan... Ok apa-apapun jom kita masak dulu


Asam Pedas Melaka Ikan Salmon

Bahan-Bahannya:

Ikan Salmon
Bunga Kantan, Serai, Halia, Lengkuas, Kunyit, Daun Limau Purut, Cili Kering, Kacang Bendi
Asam Keping, Cili Padi
Belacan
Serbuk Kari


 Cara-Cara Mebuatnya:



Bawang dikupas, Halia 2 atau 3 hiris, Lengkuas sehiris, Kunyit 2 hiris

Cili Kering direndang dulu dalam 5 minit coz nanti senang hancur apabila diblend

Bahan-bahan tadi bolehlah terus diblend hingga hancur lumat
Sampai jadi macam ni
Manakala Bunga Kantan dipotong... tak kisahlah macam manapun... kalau nak senang belah dua je, Serai tu pulak ketuk dengan alu lesung
Kacang Bendi dipotong tangkainya... masak sebiji-biji gitu je... kalau potong,  nanti kuah akan berlendir. Daun Limau Purut pula masuk selai-selai pun boleh nak carik-carikkan pun boleh
Apabila bahan di atas dah ready, bolehlah panaskan minyak
Apabila minyak sudah panas masukanlah bahan-bahan yang telah diblend tadi
Dan jangan lupa masukan Asam Keping sekali... coz kita nak rasa masam tu 
Apabila bahan tadi telah kekuningan masuklah sedikit Serbuk Kari... sambil-sambil tu kenalah kacau... takut hangit
Sampai bahan tadi berkuntum macam ni barulah dikira masak betul..
Selepas tu bolehlah masukan air 
sambil-sambil tu kacaulah sekali -sekala
Sehingga mendidih
Lepas tu bolehlah masukan serai. biarkan beberapa minit supaya rasa, bau Serai tadi meresap ke dalam kuah..ummm ni yang sedap tu
Selepas itu masukan pula Cili Padi dan bunga kantan... cili tu aku tak ketuk coz aku takut kalau-kalau terlalu pedas
Biarkan beberapa minit...
Masukan pula Daun Limau Purut. Biarkan lagi beberapa minit... baunya cukup menyenangkan
Kemudian bolehlah masukan ikan... reneh jelah... biar rempah ratus yang kita masukan tadi meresap ke dalam isi ikan 
Senang je... campak-campak kata orang... janji berani

Apabila hampir masak bolehlah masukan Kacang Bendi
Biarkan ia 
Sudah masak... terus hidangkan..



Selamat mencuba...  ingat Jangan Tak Cuba....






Cara-Cara Membuat Ikan Siakap Masam Manis

Ikan siakap amat sedap dimakan dengan nasi ataupun diratah begitu sahaja dan  ikan siakap juga boleh dimasak pelbagai jenis antaranya masam manis, 3 rasa, tomato, stim, masak kicap, goreng berhalia, dan mungkin banyak lagi yang rahsia masakannya yang aku tak tahu... anak-anak dan aku amat suka dengan ikan siakap tetapi berbeza dengan suami aku, kerana apabila aku masak  ikan siakap dia tak akan sentuh langsung... tapi pelik bin ajaibnya apabila pergi je makan ikan bakar kat Banting, Jeram ataupun tempat-tempat lain... makannya beria pulak...tambah-tambah kalau dengan kawan-kawan..mungkin masakan aku tak menyengat sangat kot...apa-apalah yang pasti anak-anak suka dan kalau ada yang rasa masakan aku pasti akan kata sedappppp....Hari ni aku nak share cara-cara mudah untuk memasak ikan siakap masam manis.. alah sebiji macam kat kedai tu...Jom kita ke Laman Dapur Maya Ezujusoh





Bahan-Bahannya:



Sos cili, sos tiram, cili giling

Bawang besar, bawang putih, halia, cili besar, tomato, saderi,timun, cili besar...potonglah ikut dalam gambar tu... atau potong dadu je....
Ikan siakap

digoreng dulu... tapi sebelum tu... letak le sedikit garam... takut isinya terlalu tawar
Goreng sampai garing macam tu

dan sambil-sambil tu boleh le buat sosnya... minyak sikit... ikutlah kuantiti yang kita nak buat

Tumis bawang putih dulu

Kemudian masukan halia yang telah dimayang halus

Tumis sehingga kekuningan

Kemudian masukan cili giling

Sampai naik bau... 

Kemudian boleh masukan sos cili... kacau

Tambahkan sedikit air

Kacau
Kemudian masukan sedikit sos tiram... kacau lagi

Kemudian masukan pula bawang besar
Kacau lagi

Kemudian masukan pula tomato

Masukan pula karot (biasa potong dadu)

Kacau lagi

Masukan pula cili besar

Kacau lagi

Masukan pula batang saderi

Last sekali masukan buat timun

Kacau sekejap... jangan bagi timun tu terlalu masak nanti tak sedap pulak... bagi biasa-biasa je sedikit masak... opppss jangan lupa masukan sedikit garam, gula, dan serbuk perasa... ok dah siap

Lepas tu bolehlah tuangkan ke atas ikan siakap tadi

Letak elok-elok 

Gambar posisi tepi

Posisi atas pulak... kalau nak bagi nampak cantik letak jelah daun salad kat tepi tu... dah jadi macam kat kedai...


Selamat Mencuba...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...