Cara-Cara Membuat Ikan Siakap Masam Manis

Ikan siakap amat sedap dimakan dengan nasi ataupun diratah begitu sahaja dan  ikan siakap juga boleh dimasak pelbagai jenis antaranya masam manis, 3 rasa, tomato, stim, masak kicap, goreng berhalia, dan mungkin banyak lagi yang rahsia masakannya yang aku tak tahu... anak-anak dan aku amat suka dengan ikan siakap tetapi berbeza dengan suami aku, kerana apabila aku masak  ikan siakap dia tak akan sentuh langsung... tapi pelik bin ajaibnya apabila pergi je makan ikan bakar kat Banting, Jeram ataupun tempat-tempat lain... makannya beria pulak...tambah-tambah kalau dengan kawan-kawan..mungkin masakan aku tak menyengat sangat kot...apa-apalah yang pasti anak-anak suka dan kalau ada yang rasa masakan aku pasti akan kata sedappppp....Hari ni aku nak share cara-cara mudah untuk memasak ikan siakap masam manis.. alah sebiji macam kat kedai tu...Jom kita ke Laman Dapur Maya Ezujusoh





Bahan-Bahannya:



Sos cili, sos tiram, cili giling

Bawang besar, bawang putih, halia, cili besar, tomato, saderi,timun, cili besar...potonglah ikut dalam gambar tu... atau potong dadu je....
Ikan siakap

digoreng dulu... tapi sebelum tu... letak le sedikit garam... takut isinya terlalu tawar
Goreng sampai garing macam tu

dan sambil-sambil tu boleh le buat sosnya... minyak sikit... ikutlah kuantiti yang kita nak buat

Tumis bawang putih dulu

Kemudian masukan halia yang telah dimayang halus

Tumis sehingga kekuningan

Kemudian masukan cili giling

Sampai naik bau... 

Kemudian boleh masukan sos cili... kacau

Tambahkan sedikit air

Kacau
Kemudian masukan sedikit sos tiram... kacau lagi

Kemudian masukan pula bawang besar
Kacau lagi

Kemudian masukan pula tomato

Masukan pula karot (biasa potong dadu)

Kacau lagi

Masukan pula cili besar

Kacau lagi

Masukan pula batang saderi

Last sekali masukan buat timun

Kacau sekejap... jangan bagi timun tu terlalu masak nanti tak sedap pulak... bagi biasa-biasa je sedikit masak... opppss jangan lupa masukan sedikit garam, gula, dan serbuk perasa... ok dah siap

Lepas tu bolehlah tuangkan ke atas ikan siakap tadi

Letak elok-elok 

Gambar posisi tepi

Posisi atas pulak... kalau nak bagi nampak cantik letak jelah daun salad kat tepi tu... dah jadi macam kat kedai...


Selamat Mencuba...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...