Cara-Cara Membuat Tomyam Campur

Nak masak tomyam ni mudah je sebenarnya... semua bahan-bahannya hanya ada kat belakang rumah je..pas tu tak perlu tumis. Main campak je dalam periuk...Tomyam ni aku masak masa anak aku yang tinggal kat asrama tu balik hari tu... Outing dialah ni... Dia sebenarnya tak kisah aku masak apapun semua dia makan... Tapi bila pikir-pikir kesian jelah kat dia tak pernah nak minta apa-apa dan tak ngada-ngada cam budak-budak baya dia... Kalau balik rumah banyak menolong... cuci kereta, tolong masak, tolong pergi kedai, menemani aku kat kedai dan paling best suka layan aku berbual... walhal umurnya baru je 13 tahun... lelaki pulak tu...Aku doakan agar anak-anak aku menjadi anak-anak yang baik dan soleh semoga mereka akan berjaya di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat... 
Sementara tu jom kita intai-intai Laman Dapur Maya Ezujusoh... selamat memasak



Tomyam Campur
Cara-Cara Membuatnya:


Ayam basuh dulu bersih-bersih. Kemudian potong kecil-kecil, dan siramlagi sekali
Sotong sikit dan kalau ada 4, 5 ekor tu lagi bagus coz campuran tiga jenis ciptaan tuhan ni memang amat menyedapkan makanan 
Kemudian ayam tadi direbus  terlebih dahulu. Rebus tu kosong je... biar betul-betul masak coz Tomyam ni kalau isi ayam tu dah masak sampai hampir lembik isinya lagi sedap... renehlah ni..
Sambil-sambil tu bolehlah kita sediakan bahan-bahannya, iaitu serai, bawang putih, limau nipis, daun limau purut, daun ketumbar, dan sayur-sayurnya karot dengan bunga kubis...
Bawang putih dengan serai ketuk je dengan belakang pisau tu bagi orang yang ganaslah kalau nak nampak sopan santunnya tumbuk lee.. dengan alu lesung... dua tiga kali ketuk ok...
Bahan-bahan yang telah dipotong siap... hihihi nak ambik gambar kena le letak dalam bekas cantik-cantik.. baru pecah liur tu...
verry colourfull...
kemudian cili. Tomyam ni best kalau pedas... macam aku sikit je lah... pas tu potong kat luar banyak-banyak. siapa nak pedas masuk je dalam mangkuk sendiri.
Pilih yang elok-elok je..
Kalau tak nak blend udang kering, cili giling dengan belacan guna je yang ni.. yang dah ready kat kedai 
Dalam rebusan ayam tadi selepas masukkan sotong. Bolehlah masukkan bawang putih dan serai yang dah diketuk tadi. Kemudian masukkan daun limau purut
2 atau 3 minit selepas tu bolehlah masukkan Karot
Lepas tu bolehlah masukkam tomato. Biar rasa masamnya menyerap dalam masakan
Lepas tu masukkan cili. Ingat kalau ada anak kecil masuk cili tu sikit jee.. nak pedas tambah kat luar.
Selepas tu baru boleh masukkan sayur-sayuran dan aku juga masukkan sedikit yellow Onion dalam tu
Aku juga masukkan daun ketumbar... daun pakchi kalau kat kelantan
Last sekali baru le perah asam limau.... rasalah dulu... tapi yang pastinya terangkat.
Dah siap.. 
Dah siap hidang.... tunggu suami dan anak-anak dulu... 

 Selamat mencuba...


27 comments:

  1. sedap! pakai berapa peket ye pes adabi tu? :)

    ReplyDelete
  2. Tak pakai pun tak pe sebenarnya... tapi kalau tak yakin masuk je lah... sepeket je kalau ayam tu seekor.. tapi kalau banyak kena lebih lah...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih post resepi tomyam bergambar, mudah faham dan ikut untuk orang yang baru belajar memasak, sangat hargai usaha bg setiap gambar yang diambil.

    ReplyDelete
  4. Yummy2!! Xsabar nk masak esok. Org xpndai msk mmg bergantung pd resepi2 ni. Tq cikpuan comel!

    ReplyDelete
  5. Bru hegeh2 nk blaja masak..hihi..tq..sgt2 mmbantu

    ReplyDelete
  6. selain perencah adabi tom yam ada lagi perencah lain ?

    perencah adabi bau dia kuat sngat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perencah tu kalau tak suka tak perlu masukan.. sudah memadai dengan bahan2 asas tomyam tu...penambahan perencah hanya untuk mempelbagaikan sahaja...mencuba dan menambah sesuatu dalam masakan akan mewujudkan satu kelainan rasa dalam masakan kita... selamat mencuba

      Delete
  7. selain perencah adabi tom yam ada lagi perencah lain ?

    perencah adabi bau dia kuat sngat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perencah pes tomyam nona dlm botol,mmg terbaik.cuba try...mmg sedap.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Cuba try perencah pestomyam nona dlm botol.Sedap sgt.

      Delete
    4. Cuba try perencah pestomyam nona dlm botol.Sedap sgt.

      Delete
    5. Mana2 pest tomyam boleh digunakan..anda hanya perlu mencuba dan menikmati... kerana apabila di dapur kita lah bos...I'm the bos

      Delete
    6. Mana2 pest tomyam boleh digunakan..anda hanya perlu mencuba dan menikmati... kerana apabila di dapur kita lah bos...I'm the bos

      Delete
  8. Penerangan cukup bagus sekali, terima kasih kerana berkongsi resepi mengenai Tom Yam ye

    ReplyDelete
  9. kalau limau nipis tu xletak xpe kan??limau nipis tu cuma penambah rasa masam2 sikit je kan??maaf sekadar kongsi idea..huhuuhu..sebab dah biasa masak dkt umah mak ajarkan lain sikit tp kite same2 kongsi resepi xpe kan..heheheh..ok

    ReplyDelete
  10. No hal lah dalam masakan tak ada pantang larangnya.

    ReplyDelete
  11. No hal lah dalam masakan tak ada pantang larangnya.

    ReplyDelete
  12. Thankyou kak!! Sgt2 membantu..hehehe baru2 je ni nak blajar memasak :D

    ReplyDelete
  13. Memang pecah airliur tgk gmbr. Tk sbr nk buat untuk suami sy.

    ReplyDelete
  14. Memang pecah airliur tgk gmbr. Tk sbr nk buat untuk suami sy.

    ReplyDelete
  15. rebusan air ayam tu betul2 kosong seperti air + ayam sahaja ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak taruh minyak sedikit ke? maaf baru belajar ..hihi

      Delete
  16. memang best ni rugi kalau tak cuba

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...