Cara-Cara Membuat Gulai Lemak Ikan Kembung

Cuti-cuti macam ni adalah peluang paling aku dan keluarga aku tunggu-tunggu kerana pada hari-hari macam ni biasanya aku dan keluarga aku dapat berkumpul. Adib anak aku yang sulung dapat balik dari asramanya... abahnya juga akan pasti berada di rumah... ya lah kalau hari-hari biasa dia sibuk... seawal 6.30 pagi dah keluar rumah dan apabila jam menghampiri angka 7 petang barulah dia akan pulang.... hai ni le dunia sekarang, jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran deh leee...OK lah pada hari ni aku nak share cara-cara untuk memasak Gulai Lemak Ikan Kembung, aku sebenarnya masak nasi berlauk pagi ni untuk sarapan. Kalau di Kelantan nasi berlauk ni  tersohor untuk sarapan pagi selain nasi kerabu. OK kita ke Laman dapur Maya Ezujusoh dulu...


Nasi Berlauk (Gulai Lemak Ikan Kembung)

Bahan-bahannya:
Timun, bawang merah, kunyit, 2 hiris lengkuas, asam keping
dan, cili padi

Ikan Kembung yang segar bugar. Ikan tu siang dulu dan potong dua

Sebiji kelapa parut (untuk santannya) tetapi sekiranya ikan tu sedikit je guna sebelah kelapa pun dah ok

Mula-mula kelapa tu aku blend dulu sebab aku nak guna santan tu untuk blend bahan-bahan yang lain (kalau campur air takut cair nanti tak menyenggat sangat rasanya)

Selepas je kelapa parut diblend kita bolehlah tapis santannya

Ini pula adalah bahan-bahan yang akan diblend, bawang merah, kunyit, dan lengkuas

Masuk je ke dalam blender... kemudian tekan... tengok dah pun siap bahannya

Manakala timun tadi dibelah dua dan dipotong (untuk gulai mesti potong besar sikit kalau nak dibandingkan dengan yang kita nak buat ulam)

Kemudian ikan tadi bolehlah terus dimasukkan ke dalam kuali... sorry ya aku memang suka masak dalam kuali kalau kalian nak guna pekakas lain ok je...

Kemudian boleh terus masukkan timun, cili padi, dan juga asam keping

Selepas tu bolehlah tuang bahan-bahan yang telah diblend tadi ke atas bahan-bahan yang telah dimasukkan ke dalam kuali

Kemudian masukkan juga santan (tuang-tuang je... dalam memasak kita tak boleh takut-takut, kalau tak sedap cuba lagi sekali dan kalau dah sedap upgradekan lagi)

Apabila semua telah dimasukkan ke dalam kuali... bolehlah bukakan apinya.. sederhana sahaja... untuk masakan gulai ni jangan terlalu lama sebab takut ikan tu hancur... dan apabila mendidih biarkan ia mendidih dalam 4 atau 5 minitnya dah ok... tapi tengok le ikannya kalau tak masak biarkan dulu ia terus mendidih. Apabila dah hampir masak masukkan juga garam, sedikit gula, dan sedikit serbuk perasa


Sudah siap... tunggu untuk dihidangkan je.. tapi kalau aku terus je letak di atas nasi... amat enak di makan ketika masih panas dan dimakan bersama-sama dengan sambal belacan

Yang ini khas untuk yang tersayang ... semoga permulaan hari yang indah untuk kita sekeluarga


Selamat Mencuba... menu yang ini kalau tak cuba rugi tau... rasanya amat sedap  dan yang penting cara penyediaanya amat mudah sekali... bye jumpa lagi.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...