Cara-Cara Membuat Gulai Lemak Taugeh

Taugeh Gulai Lemak ni masakan kegemaran anak sulung aku. Dulu masa kami tinggal kat USJ 6 dia selalu mintak aku masakan gulai lemak ni... sebabnya dialah tukang beli lauk pauk, jadi kalau dia tengoknya  ada je taugeh gemuk  dan tauhu   mesti dia akan belikan tetapi apabila kami pindah kat sini susah sikitlah... lagipun kerana tuntutan belajar  dia kena tinggal kat asrama... sekali sekala je dapat balik... tu pun tak de le nak ke mana-mana duduk je kat rumah, katanya tak de kawan, tak syok nak keluar... ok lah apa-apapun jom kita ke dapur dulu

Gulai Lemak Taugeh
Bahan-bahannya:
Taugeh

Tauhu

Bawang Merah 

Santan

Udang sederhana besar

Lada Hitam

Dan Cili 


Cara-Cara Membuatnya:

Taugeh dicuci dan ditoskan dulu sebelum dimasukan terus ke dalam periuk

Bawang putih dikupas kulitnya

Tauhu dipotong enam

Mula-mula sekali tumbuk Lada Hitam sampai lumat

Apabila sudah lumat masukan pula Bawang merah

Tumbuklah Bawang Merah bersama-sama dengan Lada Hitam tadi sampai jadi macam dalam gambar  tu


Lumat je terus masukan  ke dalam periuk
Masukan juga cili

Masukan juga Udang

Kemudian masukan terus santan 

Campur semuanya, lepas tu barulah buka apinya

Jangan lupa masukan juga garam, gula, dan serbuk perasa

Kacaulah sehingga hampir mendidih

Apabila hampir medidih masukan tauhu... kacau lagi

Sudah hampir masak

Biarkan ia mendidih sekejap sahaja  dah masak,  taugeh ni senang je masak... kalau terlalu lembik tak sedap le pulak

Amat menyelerakan kalau dimakan bersama-sama dengan budu... sudah siap untukdihidangkan.


Selamat mencuba

Cara-Cara Membuat Sup Tulang

Dari malam tadi Si Athir nak makan Sup Tulang... Kesian aku kat dia coz dari malam tadi jugalah dia mogok tak nak makan... naluri ibukan, asalnya tak nak layan tapi rasa kesian tu mengatasi segala-galanya...kebetulannya juga masa aku kat pasar segar tadi semua bahan untuk buat sup ni ada... amin... boleh lee Si Athir makan nasi bersup tulang hari ni... tapi ok juga sebenarnya coz bolehlah aku upload sekali dalam blog Dapur Maya Ezujusoh ni Cara-Cara Membuat Sup Tulang yang sedap dan enak ni... jom kita ke dapur dulu


Sup Tulang

Bahan-Bahannya:

Tulang

Sup Bunyut, Bawang Merah, Bawang Putih, Halian, Limau Nipis
                                                     
Daun Sup, dan Serai
Cara-Cara Membuatnya:
Mula-mula cuci bersih-bersih dan rebuskan sehingga empuk dagingnya, biasanya 2 jam lebihlah
Apabila daging sudah empuk ketuklah halia tadi, kemudian teruslah masukan ke dalam rebusan tulang

Campak gitu je  

Kemudian ketuk pula Bawang Putih... ketuk je dengan kulit-kulit tapi sebelum tu bersihkan dulu ya...

Buang kulinya... kemudian campak lagi ke dalam periuk

Biarkan ia sentiasa mendidih... coz lagi lama lagi sedap...

Ketuk pula serai

Masukan sekali

Renehkan tulang tadi bersama-sama dengan bahan-bahan yang telah dicampak-campakkan tu

Daun Sup dan Daun Bawang juga dipotong panjang-panjang (1 inci)

Kemudian masukan juga ke dalam periuk...senang je

Renehkan....biar semuanya meresap dalam daging dan tulang-temulang...lagi lama lagi sedap
Sambil-sambil tu... mayanglah Bawang Merah
Limau Nipis sehiris

Perahkan Limau Nipis tadi

Biarkan ia terus mereneh

Ketuk Cili. Kemudian terus masukan ke dalam periuk... Kemudian masukan juga sedikit garam, sedikit gula, dan sedikit serbuk perasa

Sementara itu bolehlah goreng bawang Merah yang telah dimayang tadi

Gorenglah sehingga garing (macam dalam gambar tu)

Kemudian masukan ke dalam Sup... masukan juga Daun Sup dan Daun Bawang yang telah dihiris halus

Siap untuk dimakan... ummmmmah....

Selamat mencuba.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...