Cara-Cara Membuat Gulai Lemak Taugeh

Taugeh Gulai Lemak ni masakan kegemaran anak sulung aku. Dulu masa kami tinggal kat USJ 6 dia selalu mintak aku masakan gulai lemak ni... sebabnya dialah tukang beli lauk pauk, jadi kalau dia tengoknya  ada je taugeh gemuk  dan tauhu   mesti dia akan belikan tetapi apabila kami pindah kat sini susah sikitlah... lagipun kerana tuntutan belajar  dia kena tinggal kat asrama... sekali sekala je dapat balik... tu pun tak de le nak ke mana-mana duduk je kat rumah, katanya tak de kawan, tak syok nak keluar... ok lah apa-apapun jom kita ke dapur dulu

Gulai Lemak Taugeh
Bahan-bahannya:
Taugeh

Tauhu

Bawang Merah 

Santan

Udang sederhana besar

Lada Hitam

Dan Cili 


Cara-Cara Membuatnya:

Taugeh dicuci dan ditoskan dulu sebelum dimasukan terus ke dalam periuk

Bawang putih dikupas kulitnya

Tauhu dipotong enam

Mula-mula sekali tumbuk Lada Hitam sampai lumat

Apabila sudah lumat masukan pula Bawang merah

Tumbuklah Bawang Merah bersama-sama dengan Lada Hitam tadi sampai jadi macam dalam gambar  tu


Lumat je terus masukan  ke dalam periuk
Masukan juga cili

Masukan juga Udang

Kemudian masukan terus santan 

Campur semuanya, lepas tu barulah buka apinya

Jangan lupa masukan juga garam, gula, dan serbuk perasa

Kacaulah sehingga hampir mendidih

Apabila hampir medidih masukan tauhu... kacau lagi

Sudah hampir masak

Biarkan ia mendidih sekejap sahaja  dah masak,  taugeh ni senang je masak... kalau terlalu lembik tak sedap le pulak

Amat menyelerakan kalau dimakan bersama-sama dengan budu... sudah siap untukdihidangkan.


Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...