Cara-Cara Membuat Gulai Lemak Telur Ikan

Bestnya dah lama aku tak makan telur ikan... kebetulan sungguh hari ni. Semasa aku membeli lauk pauk dan barangan basah aku "terserempak" dengan makanan yang best ni tapi jarang dapat masak kerana susah nak dapat...anak-anak aku semuanya melopong dan ngangakan mulut "Apa ni? Umi gelilah, macammm... eiii," masa mentah lagi boleh le cakap... sekali cuba pasti nak lagi. Aku beli sikit je coz dalam hati ni nak bagi anak-anak kecil aku mencuba, kalau boleh biarlah anak-anak aku makan je yang aku masak, dan janganlah terlalu memilih kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan, tuah ayam nampak di kaki, tapi manusia tiada siapa yang tahu. Semoga anak-anakku adalah anak-anak yang bertuah di dunia dan di akhirat...Amin... Apa-apa pun jom kita masak dulu


Gulai Lemak Telur Ikan

Bahan-Bahannya:

Bawang merah, kunyit dalam seinci, lengkuas (sehiris dua sahaja)

Kelapa parut dalam sebiji

Telur ikan

Asam keping dan cili padi


Cara-cara membuatnya:

Blend kelapa parut untuk dapatkan santannya. Selepas blend tapiskan

Masukan bawang merah, kunyit, dan lengkuas ke dalam blender

Masukan sedikit santan. Kemudian blendkan ia sehingga lumat

Macam ni

Telur ikan tadi dibasuh bersih dan terus masukan ke dalam periuk atau kuali

Kemudian masukan cili padi dan asam keping

Masukan juga bahan-bahan yang telah diblend tadi

Macam ni

Kemudian masukan pula santan 

Apabila dah masukan semuanya bolehlah hidupkan apinya

Kacaulah perlahan-lahan sehingga mendidih


Apabila hampir masak masukan sedikit garam, gula, dan serbuk perasa. Biarkan sehingga masak

Dah masak...Apabila masak terus hidangkan.

Selamat mencuba.

1 comment:

  1. Salam puan...
    Mintak izin share resepi boleh? Saya ade share resepi telo ikan tu. Utk post kat laman telo ikan dlm fb saya. Nanti kalu puan berminat utk tgok page saya boleh link ni https://www.facebook.com/masektaxescity.idaman.ariffin/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...