Cara-Cara Membuat Nasi Goreng Petai

Hari ini sebelum gambar masakan yang aku telah ambil di delete oleh anak-anak atau Encik Husband aku lebih baik aku terus je upload dalam blog aku... Hari ini aku nak share satu menu istimewa anak ketiga aku... Dia masih kecil lagi tetapi amat suka petai... jadi hari ini Laman Dapur Maya Ezujusoh akan kongsi cara-cara untuk membuat Nasi Goreng Petai... Jom

Nasi Goreng Petai

Bahan-bahannya:

Petai yang perlu dikupas kulitnya

Sedikit ayam

Bawang Putih

Ayam dicincang kecil

Bawang Putih diketuk sahaja

Sedikit Ikan Bilis

Nasi kosong yang telah dihancurkan

Sos Tiram Nona

Ikan Bili digoreng terlebih dahulu
Cara-Cara Membuatnya:
Kemudian bawang putih ditumis

Apabila bawang putih kekuning-kuningan masukkan ayam

Sementara menunggu ayam masak bolehlah potong bawang besar 

Apabila ayam masak bolehlah masukkan pula sos tiram

Kemudian terus masukkan nasi dan gaullah sehingga sebati

Apabila nasi telah sebati dengan bahan-bahan rencah tadi bolehlah masukkan petai , garam,gula, dan sedikit serbuk perasa

Sebelum masukkan bawang besar pastikan dulu bahan yang telah dimasukkan tadi telah sebati dengan nasi

Kemudian masukkan pula ikan bilis yang telah digoreng

Gaul sebati dan sudah siap untuk dihidangkan

Akhir sekali masukkan lah daun saderi ... 
Selamat mencuba.

Cara-Cara Membuat Gulai Lemak Ikan Kembung

Cuti-cuti macam ni adalah peluang paling aku dan keluarga aku tunggu-tunggu kerana pada hari-hari macam ni biasanya aku dan keluarga aku dapat berkumpul. Adib anak aku yang sulung dapat balik dari asramanya... abahnya juga akan pasti berada di rumah... ya lah kalau hari-hari biasa dia sibuk... seawal 6.30 pagi dah keluar rumah dan apabila jam menghampiri angka 7 petang barulah dia akan pulang.... hai ni le dunia sekarang, jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran deh leee...OK lah pada hari ni aku nak share cara-cara untuk memasak Gulai Lemak Ikan Kembung, aku sebenarnya masak nasi berlauk pagi ni untuk sarapan. Kalau di Kelantan nasi berlauk ni  tersohor untuk sarapan pagi selain nasi kerabu. OK kita ke Laman dapur Maya Ezujusoh dulu...


Nasi Berlauk (Gulai Lemak Ikan Kembung)

Bahan-bahannya:
Timun, bawang merah, kunyit, 2 hiris lengkuas, asam keping
dan, cili padi

Ikan Kembung yang segar bugar. Ikan tu siang dulu dan potong dua

Sebiji kelapa parut (untuk santannya) tetapi sekiranya ikan tu sedikit je guna sebelah kelapa pun dah ok

Mula-mula kelapa tu aku blend dulu sebab aku nak guna santan tu untuk blend bahan-bahan yang lain (kalau campur air takut cair nanti tak menyenggat sangat rasanya)

Selepas je kelapa parut diblend kita bolehlah tapis santannya

Ini pula adalah bahan-bahan yang akan diblend, bawang merah, kunyit, dan lengkuas

Masuk je ke dalam blender... kemudian tekan... tengok dah pun siap bahannya

Manakala timun tadi dibelah dua dan dipotong (untuk gulai mesti potong besar sikit kalau nak dibandingkan dengan yang kita nak buat ulam)

Kemudian ikan tadi bolehlah terus dimasukkan ke dalam kuali... sorry ya aku memang suka masak dalam kuali kalau kalian nak guna pekakas lain ok je...

Kemudian boleh terus masukkan timun, cili padi, dan juga asam keping

Selepas tu bolehlah tuang bahan-bahan yang telah diblend tadi ke atas bahan-bahan yang telah dimasukkan ke dalam kuali

Kemudian masukkan juga santan (tuang-tuang je... dalam memasak kita tak boleh takut-takut, kalau tak sedap cuba lagi sekali dan kalau dah sedap upgradekan lagi)

Apabila semua telah dimasukkan ke dalam kuali... bolehlah bukakan apinya.. sederhana sahaja... untuk masakan gulai ni jangan terlalu lama sebab takut ikan tu hancur... dan apabila mendidih biarkan ia mendidih dalam 4 atau 5 minitnya dah ok... tapi tengok le ikannya kalau tak masak biarkan dulu ia terus mendidih. Apabila dah hampir masak masukkan juga garam, sedikit gula, dan sedikit serbuk perasa


Sudah siap... tunggu untuk dihidangkan je.. tapi kalau aku terus je letak di atas nasi... amat enak di makan ketika masih panas dan dimakan bersama-sama dengan sambal belacan

Yang ini khas untuk yang tersayang ... semoga permulaan hari yang indah untuk kita sekeluarga


Selamat Mencuba... menu yang ini kalau tak cuba rugi tau... rasanya amat sedap  dan yang penting cara penyediaanya amat mudah sekali... bye jumpa lagi.

Cara-Cara Membuat Sotong Goreng Tepung

Aina anak perempuan aku dah berhari-hari merengek-rengek nak makan sotong Goreng Tepung, dek kesibukan aku melatih anak-anak didik aku ke pertandingan forum remaja peringkat daerah,aku tak dapat untuk memenuhi permintaannya,namun pada hari ini aku ada sedikit kelapangan dan aku memenuhi permintaannya dan aku juga ambil kesempatan ini untuk upload cara-cara membuatnya ke dalam blog masakan aku ini... Cara membuatnya sebenarnya amat mudah kerana aku lebih suka guna tepung segera yang memang senang untuk diperoleh di mana-mana kedai atau market... Jom kita ke Laman Dapur Maya Ezujusoh...



Sotong Goreng Tepung
Bahan-Bahannya:
Tepung Goreng

Telur 2 biji

Sotong segar
Cara-cara membuatnya: 
Siang sotong dulu, kepalanya asingkan dan tulangnya dibuang, begitu juga dengan liquid hitamnya dan duri di atas kepala sotong 

Kemudian sotong tadi dipotong bulat (kesemuanyalah)

Pecahkan telur ke dalam mangkuk kecil

2 biji oklah... kemudian pukul telur tu guna garpu

Pukul sampai jadi cam ni je... tak perlu lama

Manakala tepung segera tadi bubuh je ke dalam pinggan (senang nak gaul nanti)

Apabila semuanya sudah siap disediakan bolehlah panaskan minyak... ingat ya minyak tu kena banyak sikit

Sotong tadi bolehlah masukkan semuanya ke dalam telur tadi, tetapi kalau nak masukkan sikit-sikitpun ok... suka hati lah...

Kemudian ambil sotong tu sedikit demi sedikit dan gaul ke dalam tepung tadi... ingat jangan tuang dengan telur ye... telur tu sebenarnya kita gunakan untuk lekatkan tepung pada sotong je.. bukannya untuk rasa (pendeknya berfungsi sebagai gamlah)

Cuba dulu letak tepung sikit kalau nak tahu minyak tu betul-betul panas atau tidak... ha kalau berani letak tangan

Apabila minyak sudah betul-betul panas... masukkan terus sotong yang telah digaul dengan tepung segera tadi

Masukkanlah... kemudian kacaulah....jangan tak kacau... hangit susah

Tengok sudah kekuning-kuningan tu... tapi tak masak lagi tu

Sudah hampir masak

Biarkan sekejap lagi... tapi ingat ya jangan letak garam atau apa-apa perasa... tepung segera tu memang dah cukup sedap

Sudah masak...angkat dan toskan... tak nak minyak terlalu banyak

Kemudian boleh terus hidangkan... yummmmmmmm.... sedap sehingga menjilat jari.. jangan lupa makanlah semasa masih panas lagi... dan cicahnya sos cilipun sedappp.

 Selamat mencuba... semoga hari ini hari yang ceria untuk anak-anak kesayangan kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...