Cara-Cara Membuat Asam Pedas Ikan Kembong

Dalam dua tiga hari ini selera makan aku agak menurun sikit mungkin kerana aku terlalu sibuk dengan tugasan ditempat kerja yang sememangnya menimbun-nimbun malah dalam masa yang sama sebagai seorang ibu dan juga seorang isteri aku kena juga melayan kerenah anak-anak yang sedang membesar ni...dan dalam masa yang sama dek tak tahan terlalu kepenatan aku tanpa segan silu bertanya tentang ubat kuat... haaaa sampai gitu kau... tapi tak cerita kat orang kau tak makan... untuk menaikan selera sendiri aku masak lee Asam Pedas ikan yang paling aku suka sejak dari kecil sampai lah sekarang... kalau orang masak apa je asalkan ikan kembung aku belasah habis-habis... Jom kita ke Laman Dapur Maya Ezujusoh

Asam Pedas Ikan Kembong A++

Bahan-bahannya:

Belacan

Bawang, Halia, Serai, Bungan Kantang, Cili Kering, Daun Limau Purut, Kacang Bendii, Terung, Tomato




Ikan Kembong (2 ekor)

Asam Jawa dan Serbuk Kari (aku lupa nak ambik gambar lee)

Cara-cara membuatnya:

Bahan untuk diblend bagi 2 ekor ikan  

Blendkan 

Sampai lumatlah

Kemudian boleh masukkan minyaklah dan panaskan

Apabila sudah panas masukkanlah bahan yang telah diblend tadi

Tumis sehingga garing

Apabila sudah garing masukkan sedikit serbuk kari

Kacau dan biarkan kari tadi sehingga garing juga, kalau macam nak hangit masukkan sedikit air

Kacau sehingga jadi macam ni... api tu jangan terlalu besar

Kemudian masukkan air

Biarkan sehingga mendidih

Ini pula air asam jawa (sikit je 1/3 cawan)


Apabila sudah medidih terus masukkan air asam jawa

Biarkan seminit dua

Kemudian masukkan bunga kantan dan daun limau purut

Campak-campak je... tunjukkan kepakaran anda

Sayur tu nak potong macam mana suka hati lah tapi kalau nak ikut cara aku pun oklah juga, tetapi ingat bendi jangan dipotong... belendir nanti... yang ini kita buat sambil-sambil je lah

Sebelum masukkan sayuran tadi masukkan dulu ikannya

Ikut giliranlah

Masukkan terung

Masukkan gula

Masukkan garam

Masukkan juga ajinomoto

Masukkan semua sekalilah


Biarkan sehingga ia mendidih selama beberapa minit (tengok lee... kalau sudah masak padamkan apinya)

Sudah masak... hidangkanlah

Selamat mencuba.

Cara-Cara Membuat Sambal Mangga

Resipi sambal ni macam-macam jenis dan tidak terkira banyaknya, cuma kita sahaja yang perlu mencipta dan merekanya. Kita juga telah sedia maklum bahawa sambal juga adalah salah satu menu yang boleh membangkitkan selera kita. Kalau tidak silap aku resipi Sambal Mangga Muda ini merupakan resipi sambal ketiga yang aku kongsikan dengan rakan Laman Dapur Maya Ezujusoh... Jom kita lihat cara-cara penyediaannya


Sambal Mangga Muda


Bahan-bahannya:



Cili, Udang Kering, dan Mangga Muda


Cara-cara membuatnya:



Cincang dahulu buah mangga muda 

Kemudian hiriskan

Habiskan sebiji tu

Masukkan cili ke dalam lesung batu (3 biji je kalau banyak nanti menyenggat pedasnya)

Tumbukkan

Tumbukkan sehingga lumat


Kemudian masukkan Udang Kering 

Tumbuk sehingga lumat macam dalam gambar tu

Kemudian masukkan ke dalam mangkuk

Kemudian tumbukkan pula buah mangga muda yang telah dihiris halus tadi

Rencah-rencah je 

Masukkan juga ke dalam mangkuk tadi dan masukkan ajinomoto sahaja tak perlu masukkan garam sebab Udang kering tu sememangnya sudah masin

Gaulkan sehingga sebati dan siap

Kemudian terus hidangkan... kecur air liur eh...

Diharapkan resipi ini dapat membantu teman-teman yang kurang selera makannya...dan selamat mencuba.

Cara-Cara Membuat Ketupat Sotong

Sotong oh sotong kenapalah harga engkau mahal bebenar... kenapa aku tak mahal... aku makin pupus...adoiii....hari ni RM 22 sekilo... ayooo... dah jadi makanan orang kaya-kaya ni...tapi tak pe sekali sekala bolehlah... tambah-tambah dalam bulan yang mulia ni... sekali sekala juga nak menjamu perut ni...lama dah tak makan ketupat sotong ni, kebetulan pulak apabila aku ke kedai tadi ternampak sotong  yang agak segar bugar... jadi aku pun belilah dan petang tu juga aku terus buat ketupat sotong yang enak lagi lazat tu... jom intai cara-cara membuatnya

Ketupat Sotong



Bahan-bahannya:


Beras pulut (sikit je)

Mula-mula tu kena basuh dulu dan terus rendamkan ke dalam santan yang telah diletakkan sedikit garam dan juga sedikit gula (rendamkan selama 1 jam atau lebih)


Sotong (6 ekor)


Lidi , bunga cengkih

Gula melaka

Cara-cara membuatnya:

Siang sotong dulu, mata buang, liqiup hitam buang, dan duri atas kepalapun buang

Beras pulut yang telah direndam selama 1 jam atau lebih tadi

Masukkan beras pulut ke dalam sotong 1/3 je tak nak penuh, masukkan santan sekali (kalau masukkan beras pulut terlalu banyak, sotong akan pecah apabila beras pulut masak dan mengembang)

Kemudian letak kepalanya di atas

Cucukkan kepala lidi supaya beras pulut tadi tidak terkeluar

Kemudian masukkan ke dalam periuk

Lebihan santan yang digunakan untuk merendam beras tadi bolehlah digunakan untuk merebus sotong 

Banyak tu je santannya tak perlu terlalu banyak (takut nanti lambat kering dan pekat)

Masukkan gula melaka

Masukkan juga bunga cengkih, dan jangan lupa masukkan sedikit garam... kemudian terus bukakan apinya... biarkan ia sehingga santan menjadi pekat  (hampir kering) sekali sekala tu kena kacau... api yang digunakan agak kecil (ambil masa yang agak lama juga untuk masak)

Apabila sudah masak... bolehlah dimakan semasa masih panas ataupun sejuk...



Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...