Cara-Cara Membuat Nasi Kambing Special

Dalam menyediakan juadah harian aku mahupun suami, kami biasanya akan lebih mengutamakan permintaan anak-anak tetapi entahlah kenapa hari ini suami aku kata hari ini giliran dia pulak untuk membuat permintaan... kalau permintaan dia biasanya mesti yang kaw-kaw punya... tekaan aku memang tepat... tetapi OKlah kerana peluang ni aku gunakan untuk upload sekali menu ni ke dalam blog masakan aku... Jom kita ke Laman Dapur Maya Ezujusoh  dulu...
Nasi Kambing Special

Bahan-bahannya:


Kambing segar

Bawang, Karot, 3 serangkai, Daun Saderi

Serbuk Kari dan serbuk Kerutuk (ikut kuantiti nasinya) kalau untuk 3 cawan nasi tu letak je 2 sudu kari dan 3 sudu serbuk kerutuk

dan Halia

Cara-cara membuat Nasi Kambing:


Bawang dan halia dimayang

Kemudian bolehlah panaskan minyak

Apabila minyak sudah panas, masukan 3 serangkai iaitu bunga lawang, buah pelaga,dan kulit kayu manis


Kemudian masukkan pula halia yang telah dimayang tadi

Gorenglah sehingga kekuningan

Apabila halia berwarna kekuningan masukkan pula bawang yang telah dimayang

Sementara menunggu bawang kekuningan, bolehlah bersihkan daging kambing

Bawang sudahpun kekuningan

Masukkan 2 sudu serbuk kari, kacau sehingga garing

Macam nilah

Kemudian masukkan pula 3 sudu serbuk kerutuk, kacau dan masukkan secawan air

Apabila dah masukkan air macam tulah rupanya, biarkan ia memdidih

Biarkan seketika coz kita mesti pastikan serbuk kerutuk dan kari tadi betul-betul masak (kalau tak masak rasanya kurang sedap sikitlah)

Biar jadi sehingga macam ni

Kemudian masukkan pula kepingan daging kambing

Gaulkan sehingga sebati dan biarkanlah seketika agar rempah ratus tadi meresap ke dalam urat-urat daging kambing tu... umm memang menyelerakan sebenarnya

Kemudian masukkan pula sedikit air (Sehingga daging kambing empuk) kalau air tu kering tetapi dagingnya masih tak empuk boleh tambahkan air dan satu lagi, kalau nak cepat rebuskan dulu kambing tu dan air rebusan pertama dibuang kalau tak nak berlemak sangat (mana-manapun boleh)

Sambil-sambil tu, daun saderi dan karot bolehlah dipotong dan dimayang 



Manakala beras pula bolehlah dicuci dan sejatkan  (aku guna beras serindit je - beras siam)

Daging kambing dah pun empuk, jangan lupa sebelum tu masukkan sedikit garam dan gula

Kemudian terus tuangkan ke dalam periuk nasi

Tuang semuanya dan tengok juga sukatan airnya tu, takut nasi tak masak kalau air sikit kalau aku senang je aku, aku ikut sukatan beras, kalau 2 cawan beras airnya mesti 3 cawan... tu kalau guna beras serinditlah

Kemudian masukkan karot

Masukkan juga daun saderi, dan teruslah masak... guna rice cooker senang... mesti masak punyalah... tekan punat tungggguuu...

Tut...tut sudah masak... tunggu nak hidang je

Tengok cantikkan...yummmmmyyy

Kemudian letak kat tepi dulu coz aku juga nak tunjukkan cara-cara macam mana nak buat sambalnya 

Cara-cara membuat sambalnya:

Tomato, cili, limau kasturi, dan

Sedikit belacan

Hiris bawang (yellow onion)

Hiris nipis-nipis

Hiris tomato, juga nipis-nipis

Lagi nipis lagi bagus

Masukkan dalam bekas plastik

Campurkan aje

Cili juga dipotong

Masukkan juga ke dalam bekas yang sama

Limau kasturi pula dipotong dua

Perah airnya

Kemudian kulitnya dihiris nipis-nipis

Masukkan juga ke dalam bekas tadi, dan masukkan juga sedikit belacan

Jangan lupa masukkan juga garam, gula, dan ajinomoto

Penyek...penyek... sampai lembik kot atau... apa-apalah... aku tak tahulah apa nak cakap istilah standardnya

Yang pastinya biarlah rupanya jadi macam ni....aduiiii.... nanti makan tak nak berenti tau... masak macam ni alamak diet terbang leee...
Set menu lengkapnya dua ni dah cukup tapi kalau nak tambah kerutuk daging pun ok... kalau nak makan tu ada kuahlah




Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...