Cara-Cara Membuat Udang Celup Tepung

Udang celup tepung ni amat sedap dimakan begitu sahaja... petang-petang duduk pula kat tepi pantai... anak-anak biasanya akan berebut-rebut makan ni... kadang-kadang boleh bergaduh berebut yang last tu... cara-cara penyediaannya amat mudah dan bahan-bahannya juga amat mudah dan senang diperoleh... Jom kita ke Laman Dapur Maya Ezujusoh

Udang Celup Tepung
Bahan-bahannya:

Udang 

Telur

Tepung Serbaguna
Cara-cara membuatnya:

Udang dibuang kulitnya tetapi pada bahagian ekor tu biarkan sahaja (tengok contoh Si Aina buat)

 
Macam dalam gambar tu

Apabila dah siap buang kulitnya tu... cuci, sejatkan, dan boleh terus masukkan sebiji telur ke dalamnya. Kemudian gaulkan 

Panaskan minyak

Sementara tu bolehlah masukkan tepung serbaguna ke dalam mangkuk (letak sebelah menyebelah)

Apabila minyak sudah panas, bolehlah masukkan udang ke dalam tepung tadi

Biar ia bersalut macam tu

Kemudian gorengkanlah

Bubuh banyak-banyakpun boleh

Udang tu supaya ia bersalut cantik, masukkan sikit-sikit... untuk sekali goreng je

Sudah hampir masak

Sekali sekala tu balik-balikkanlah

Apabila sudah masak sejatkan dalam penyejat

Sudah siap... hidangkan dan makanlah semasa masih panas
Selamat mencuba....

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...