Cara-Cara Membuat Sambal Belacan

Sambal Belacan merupakan salah satu perasa makanan semulajadi yang boleh menyebabkan kita menambah makanan tengah hari atau malam berkali-kali... ditambah lagi  kalau ada ikan bakar dan juga ulam-ulaman. Aku dulunya tak suka sangat dengan Sambal Belacan ni coz rasanya yang amat pedas dan cara penyediaannya yang amat rumit...Bawang bakar, tomato bakar dan belacannyapun kena bakar... berpeluh-peluh dibuatnya.. tapi Sambal Belacan versi aku ni simple je...tapi rasanya memang sedap dan setiap kali aku balik kampung mesti anak buah aku minta aku buatkan...begitu juga dengan  kawan-kawan suami aku.. bila je ada  'pot luck' mesti suami aku kena bawa Sambal Belacan ni... Nak cuba jom kita ke Laman Dapur Maya Ezujusoh...


Kombinasi Unik Sambal Belacan

Cara-Caranya:



Bahan-bahan asasnya Belacan, gula, dan garam

Limau kasturi, cili besar merah, dan cili padi

Tangkai Cili Perlu dibuang terlebih dahulu.
Limau Kasturi dicuci bersih. Toskan

Belah dua

belah semua limau kasturi

Limau kasturi perlu diperah untuk dapatkan airnya

Tapis coz biji tu kita tak nak.

Kulitnya perlu disimpan coz memang kulitnya kita gunakan...tak nak membazirlah katakan

Cili besar merah dibuang bijinya... lagipun biji tu bahaya takut tersumbat dalam usus... berpenyakitlah pulak

Lepas tu semua bahan tadi dimasukkan ke dalam blender... Cili padi, Cili besar merah, dan kulit limau kasturi

Lepas tu jangan lupa masukkan secawan gula, garam,dansedikit serbuk perasa ke dalam blender... tapi jangan lupa air perahan limau kasturi juga. masukkan semuanya semua sekali.. lepas tu boleh lah blend.... Ingatnya blend tu jaga-jaga... sambal ni kalau hancur sangat tak berapa sedap... tekan blend tu sekali 2 berenti... tengok... ulang lagi...haaa macam tu lah

Ni dah siap...kalau nak makan boleh terus makan... atau kalau nak pedasnya hilang sikit simpanlah dahulu di dalam peti ais...

Siap sedia untuk dimakan

Ada ulaman macam ni lagi bagus... alamak dua pingganlah makan nasinya...
Selamat Mencuba...

1 comment:

  1. ya Allah....menyayi perut ni...adoi.... bes2...buat e book la..jual resepi..berniaga sunnah ;") ---> http://muhammadazamelectrical.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...