| Maggi Ketam |
Cara-Caranya:
| Mula-mula tu ketam direbus dulu |
| Sambil tunggu ketam masak...tu boleh lee potong bawang besar... dan bawang putih tu ketuk je dengan belakang pisau |
| Ketam tadi direbus sehingga mendidih dan sampai masak isinya. |
| Bawang putih ditumis sehingga kekuningan |
| Kemudian masukkan air rebusan ketam dan ketam-ketam sekali ke dalam kuali. Apabila airnya dah mendidih masukkan rencah maggi ke dalam kuali |
| Kemudian masukkan sebiji telur dan biarkan sehingga masak...sorryyy..nampak tangan je. |
| Biarkan ia mendidih lama sedikit... takut-takut ketam tu tak masak |
| Kemudian boleh lee masukkan maggi dan tunggulah sehingga masak... |
| Dah hampir masak baunya pun dah buat aku dengan anak-anak kelam kabut "Abah masak apa ni...sedapnya bau..." tapi ingat jangan terlalu lama kerana takut maggi menjadi terlalu lembik |
| Bila dah masak terus hidangkan dan makanlah semasa masih panas. |
RASANYA...Yummmyyyyy... sedapppp.
No comments:
Post a Comment