Cara-Cara Membuat Nasi Kerabu Kuning

Nasi Kerabu merupakan makanan kegemaran aku, teringin benar nak makan ... bila aku balik je kampumg... aku akan makan nasi kerabu hari-hari sebagai sarapan pagi coz  kat kampung aku kalau nasi kerabu kosong tu harganya murah je tak sampai RM 1.. dalam 80 sen je... tapi kalau aku letak ayam seketul tapi ketul paha yang besar tu potong 2 lee.. baru RM 1.20... aku pun pelik macam mana Mak Dik ni boleh dapat untung... kalau nak kira kalau area subang ni dah RM 3.50 tu... tu paling murah lah... jadi kalau nak save budjet dan boleh makan lebih sikit aku masaklah sendirilah... cara buatnya nampak je susah tapi kalau dah biasa senang je.. Lagi pun malam ni aku ada tetamu... Family Zima... kawan aku nak datang... Jom kita ke Laman Dapur Maya Ezujusoh...


Nasi Kerabu Kuning

Cara-Caranya:
Mula-mula sekali bakarlah ikan dulu

Bila ikan tu dah masak biarkan dulu sehingga sejuk. Bila dah sejuk bolehlah asingkan tulang dengan isinya

Kemudian kelapa parut perlu digoreng garing

Cam ni lee rupanya bila dah garing kalau sentuh dengan tangan kita akan rasa kering dan ranggup

Selepas itu basuhlah beras dengan bersih.. dan masukkan 2 atau 3 helai daun limau purut 

Kemudian masukkan juga sedikit kunyit... jangan letak banyak nanti payau...Lepas tu terus je masak guna rice cooker
Dah masak terus je hidangkan..

Lepas untuk buat sambalnya tumbuklah sehiris dua halia, dan bawang merah. Tumbuklah sehingga lumat (lumat leit kata orang kelantan)
Ni Lah bahan yang kita kena tumbuk tu

Lepas tu masukkan isi ikan... tumbuk lagi... biar betul-betul lumat

Bila dah lumat masukkan ke dalam bekas yang beasr dan campurkan dengan kelapa yangn telah digoreng tadi... Gaul lah sehingga sebati. masukkan juga sedikit gula, garam, dan serbuk perasa..
Lepas tu terus masuk ke dalam bekas untuk dihidangkan.. siap satu

Ni pula bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sambal tumis..

Juga kena masukkan sedikit budu dan kerisik kelapa (tumbuk kelapa goreng hingga keluar minyak)

Dan jangan lupa santan pekat

Serai, bawang merah, halia, cili kering mesti diblend hancur

semua masuklah senang cerita

Lepas tu panaskan minyak... bila minyak dah panas masukkan dulu 2 keping asam keping 

Lepas tu masukan bahan yang telah diblend tadi

Kacaulah ia... kacau hingga pecah minyak...masak tumis ni kena lama sikit coz lagi lama lagi sedap.... 
                                    Lepas tu masukan santan dan kerisik.... bila dah 
                           pecah minyak baru masukan budu


 Ni lah rupanya apabila dah masak...

Terus hidangkan... dah siap satu lagi
Ulam-ulaman yang telah dihiris halus... tak kisahlah apa-apa pun, kacang panjang boleh, kubis boleh, daun kesom boleh, bunga kantan boleh, daun salon boleh.... kalau ada daun serai kayu lagi sedapp.. semuanya campur .. gaul  je.. dah siap hiris masukkan ke dalam bekas untuk dihidangkan
Pangganglah daging untuk lauk sampingan

Sedap lagi kalau ada solod
Telur masin

Ayam Berempah 
Inilah set lengkapnya... Tunggu nak makan je ni... dah tak sabar..

Selamat Mencuba....













1 comment:

  1. Tq sudi share resepi. Memang nampak menyelerakan. Baruuu nk belajar buat nasik kerabu 😂😂

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...