Cara-Cara Membuat Sayur Goreng Campur

Sayur-sayuran adalah satu ciptaan Tuhan yang banyak terkandung pelbagai khasiat... sayur-sayur hijau kaya dengan vitamin untuk kesihatan kulit, dalaman mahupun luaran. Manakala kalau yang berwarna pula amat sesuai untuk kesihatan mata...semuanya hanya Tuhan yang tahu... yang pasti dan aku amat yakin semua ciptaan-Nya ada sebab dan musababnya hanya kita yang perlu mencari, meneroka, menilai, mencipta, mereka, dan menggunakannya untuk kebaikan. Apa-apapun hari ni aku ada tetamu istimewa yang datang jauh dari Kelantan (Family belah suami)... So banyak sikitlah kena masak  tapi tak pe coz kerja masak-memasak ni memang kegilaan aku... sorang-sorangpun tak kisah  dan salah menu istimewa aku ialah Sayur Goreng Campur... Jom kita goreng sayur dulu


Sayur Goreng Campur



Bahan-bahannya:

Ini  antara sayur-sayuran yang digunakan, nak guna yang lainpun tak apa... janji tak mabuk, Kacang Panjang, Karot, Lada Benggala Merah dan Hijau, Brokoli, Cendawan, Asparagus
Cendawan Hitam (kering)
Rendam dulu ya

Udang yang telah dibuang kulitnya

Bawang Besar dibelah 8, Bawang Putih, dan Cili dibelah dua

Dan Sos Tiram


Cara-cara membuatnya: 
Apabila Cendawan Hitam tadi  sudah kembang... bilaslah 

Kemudian potonglah

Panaskan minyak. Kemudian tumislah Bawang Putih sehingga kekuningan

Kemudian bolehlah masukan udang

Apabila udang tadi separuh masak, bolehlah masukan Sos Tiram

Tuang jelah tapi jangan terlalu banyak

Kemudian masukanlah sedikit air sahaja... Ingat sikit je coz ni tak de kuah... kalau tak masuk air sikit takut sayur-sayur tu tak masak nanti

Apabila air sudah mendidih bolehlah masukan kesemua sayuran  tadi sekali gus ke dalam kuali

Kacaulah sampai bercampur baur... macam dalam gambar tu... rupa cantik sesedap rasanya... masak sayur  jangan terlalu  lama coz kalau lembik nanti tak sedap dan zatnya pun boleh hilang tapi sebelum padamkan api tu masukan dulu sedikit garam 

Sudah siap dan bolehlah terus dihidangkan... sayuran kalau makan panas-panas memang sedap dan kalau selalu masak nanpak cantik kat mata anak-anak nanti kita tak payah susah-susah paksa mereka  makan sayur, haaa serampang dua mata tu.. ok jumpa lagi



Selamat mencuba.

6 comments:

  1. Rupanya memang sesedap rasanya...

    ReplyDelete
  2. Waaaahhh sangat simple tapi nampak sedappp... Tq for sharing... Senang-senang, jemput lawat www.kindhearty.blogspot.com.

    ReplyDelete
  3. best ye..tak pernah lagi makan cendawan kering.lepas ni blh cuba ni.nanti ada masa singgahlah ke blog saya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...