Bahan-bahannya:
| Lala, Bawang Putih, Sos Tiram, dan Daun Kucai |
| Lala dicuci bersih... sejat airnya |
| Daun Kucai pula dipotong panjang-panjang ( 1 atau 2 inci) |
| Bawang putih dikupas kulitnya |
| Cili Padi kalau nak makan pedas tapi kalau tak nak masukpun tak pe |
| Tumbuk Cili Padi dengan Bawang Putih |
| Kemudian bolehlah terus panaskan minyak Sedikit (2 atau 3 sudu sahaja) |
| Kemudian apabila minyak sudah panas masukan bahan yang telah ditumbuk tadi |
| Apabila bahan yang ditumbuk tadi sudah kekuningan bolehlah terus masukan Sos Tiram... ingat ya terus masukan cepat-cepat lala tu kerana masakan ni sebenarnya beberapa minit je dah masak |
| Terus masukan lala |
| masukan pula Daun kucai |
| Dan masukan secubit garam... kemudian kacaulah sehingga sebati ... tak sampai 5 minit masaklah... |
| Masak dah... terus hidangkan semasa masih panas... sekian dulu. |
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment