Cara-Cara Membuat Masak Kicap Daging Special

Resipi masak daging kicap ini sebenarnya amat mudah dan bahan-bahannya juga simple je. Daging masak kicap ni sebenarnya resipi pertama sahur aku dan family. Tahun ini tahun pertama juga si Ahtir nak belajar puasa... siang-siang dia dah cakap jangan lupa kejutkannya dan sibuk bertanya nanti nak makan apa? susu segar ada ke tak ada?... masak tu mesti sedap-sedap nanti adik tak puasa... adui pening aku dengan abahnya. Tetapi apa-apapun aku sentiasa akan cuba penuhi setiap permintaan anak-anak kerana hanya itu yang mampu aku lakukan untuk memdidik anak-anak aku agar menjadi insan terpuji di dunia mahupun di akhirat kelak... 


Daging Masak Kicap 
Bahan-Bahannya:


Daging

Kicap Lemak Manis


Sos Tiram
Bawang Besar, Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang, Buah Pelaga, Cili, dan



Bawang Putih

Cara-cara membuatnya:

Daging dipotong terlebih dahulu



Dicuci bersih 

Kemudian masukkan kicap Lemak manis

Tuang je... tak perlu sukatan (suka hatilah ni)

Macam ni pun OK lah..

Gaul dan perapkan selama satu jam atau lebih (supaya rasa kicap meresap ke dalam urat-urat daging tu...ummmm) tapi kalau bulan puasa ni... perap je sebelum tidur (letak dalam peti, habis cerita)

Manakala bawang putih pula diketuk, dan

Dicincang 

Panaskan minyak

Apabila minyak sudah panas, masukkan 3 serangkai tadi (buah pelaga, bunga lawang, dan kulit kayu manis)

Kemudian masukkan pula bawang putih yang telah dicincang

Sehinggalah kekuningan, kemudian

Masukkan pula daging yang telah diperap tadi...

Kemudian masukkan juga secawan air coz daging ni memang susah nak lembut (ingat kalau daging tu keras apabila kuahnya hampir kering, masukkan lagi airnya)

Jangan takut nak tambahkan air tu kerana rasanya takkan berubah, lagipun resipi ni sememangnya berkuah (daging kalau tak empuk, tak sedap)

Kemudian masukkan pula sos tiram dalam tiga atau empat sudu (kalau dah biasa masak... pakarlah kononnya, tuang je leeee...)

sos tiram ni apa-apa brandpun tak kisah (ni bukan iklan...hihihi)

Sambil-sambil menunggu tu... bolehlah hiris bawang, buang tangkai cili

Cili tu kalau suka akan pedasnya... belah dua atau potong (mana-manalah)

Daging tadi, biarkan aje ia memdidih (lama-lama sikit - sejam)

Ingat... jangan bagi kuahnya kering (hangit) sekali sekala tu kena kacau dan tambahlah air ikut kesesuaiannya

Apabila sudah empuk dagingnya bolehlah masukkan cili

Kemudian masukkan pula bawang besar

Kacaulah sehingga semuanya sebati

Dua atau tiga minit... masaklah tu (kalau suka bawang tu separuh masak pun boleh) dalam masakkan ni tak perlu nak letak garam kerana kicap tu dah cukup masinnya, begitu juga dengan ajinomoto, sudah memadai dengan rasa sos tiram tu...rasanya jangan risau sudah pasti sedap dan menyelerakan anak-anak khasnya...

Hidangkan... makanlah ketika masih panas... 

Opssss..... licin dah... sorry

Selamat mencuba... semoga puasa kita pada tahun ini mendapat keberkatan-Nya.

Cara-Cara Membuat Sambal Petai Sotong

Menu special aku hari ini ialah Sambal Petai Sotong...Kalau ikutkan minggu ni sudah masuk tiga minggu aku tak jumpa anak sulung aku Ahmad Adib, hari ini aku sengaja masak lebih-lebih and boleh bekalkan untuk si Adib sikit... lagipun nak raih simpati suami supaya bawa aku  jenguk si Adib sekejap... makan tengah hari sama-sama sekejap je pun dah oklah... kadang-kadang teringat jugak walaupun dalam hati biarlah dia di sana sahaja selagi hafazan dia tak habis tapi apakan daya kita manusia hanya merancang tetapi Tuhanlah penentu segalanya...ya Allah semoga Engkau sentiasa bersama-samanya dan tunjukilah dia ke jalan-Mu...Amin...

Sambal Petai Sotong


Bahan-bahannya:
Beberapa ekor sotong segar

Petai (dibuang kulitnya)

Gula Melaka

Cili Giling

Bawang Merah (besar)

Belacan

Dan serai

Cara-cara membuatnya:

Sotong dipotong

Petai dibelah dua

Bahan-bahan seperti bawang, cili giling, serai, dan belacan (sedikit sahaja) diblender, tetapi bawang tadi tu janganlah diblend semuanya... tinggalkan selabu untuk dipotong

Kemudian panaskan minyak terlebih dahulu

Apabila minyak sudah panas... masukkanlah bahan-bahan yang telah diblend tadi... kemudian kacau sehingga garing atau masak

Apabila masak masukkan pula sedikit gula melaka... dan masukkan juga setengah cawan air... biarkan ia sehingga mendidih dan gula melaka cair 

Apabila gula melaka sudah cair dan tumisan tadi menjadi sedikit pekat, bolehlah masukkan pula sotong yang telah dipotong tadi

Kemudian kacau sekali sekala 

Sambil-sambil tu bolehlah hiris bawang 


Sebelum tu masukkan dulu petai yang telah dibelah dua tadi

Hiris bawang

masukkan juga... kemudian kacaulah selama 1 atau 2 minit... padamkan apinya.... sudah siap

Hidangkan.





Selamat mencuba...Jangan tunggu lama-lama terus je ngappp.... semasa masih panas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...