Sambal Petai Sotong |
Bahan-bahannya:
Beberapa ekor sotong segar |
Petai (dibuang kulitnya) |
Gula Melaka |
Cili Giling |
Bawang Merah (besar) |
Belacan |
Dan serai |
Cara-cara membuatnya:
Sotong dipotong |
Petai dibelah dua |
Bahan-bahan seperti bawang, cili giling, serai, dan belacan (sedikit sahaja) diblender, tetapi bawang tadi tu janganlah diblend semuanya... tinggalkan selabu untuk dipotong |
Kemudian panaskan minyak terlebih dahulu |
Apabila minyak sudah panas... masukkanlah bahan-bahan yang telah diblend tadi... kemudian kacau sehingga garing atau masak |
Apabila masak masukkan pula sedikit gula melaka... dan masukkan juga setengah cawan air... biarkan ia sehingga mendidih dan gula melaka cair |
Apabila gula melaka sudah cair dan tumisan tadi menjadi sedikit pekat, bolehlah masukkan pula sotong yang telah dipotong tadi |
Kemudian kacau sekali sekala |
Sambil-sambil tu bolehlah hiris bawang |
Sebelum tu masukkan dulu petai yang telah dibelah dua tadi |
Hiris bawang |
masukkan juga... kemudian kacaulah selama 1 atau 2 minit... padamkan apinya.... sudah siap |
Hidangkan. |
Selamat mencuba...Jangan tunggu lama-lama terus je ngappp.... semasa masih panas
No comments:
Post a Comment