Cara-Cara Membuat Kue Teuw Pataya

Sudah lama rasanya aku ni tak masak kat Laman Dapur Maya Ezujusoh... entahlah masa terlalu singkat dan pendek... setiap hari ada je urusan yang perlu aku uruskan dan siapkan... komitmen terhadap urusan lain yang terpaksa aku dahulukan menyebabkan Laman Dapur aku ni sepi je...hari ni aku agak free... sekali gus dapatlah nak share satu resipi iaitu bagaimana nak buat Kue Teuw Goreng Pataya... dan kalau mengikut suami dan anak-anak aku...  keu teuw  Pataya yang aku buat ni yum yum sedapppp.. dan cara membuatnya amat simple cuma apabila nak membungkus tu je yang susah sikit coz kena ada kemahirannya.. Ok Jom kita menggoreng dulu..

Kue Teuw Pataya
Bahan-Bahannya:
Kue Teuw, Bawang Putih, Daun Kucai, Tauge
Sos Tiram

Telur
Kerang

Udang
       

Dan Cili Giling (Cili Kering)

 Cara-Cara Membuatnya:

Kerang direbus dahulu
Udang dibuang kulitnya

Bawang dikupas kulitnya

Daun Kucai dipotong sepanjang 2 inci

Kerang tu... ambil isi sahaja

Bawang putih pula direncah sahaja... tak perlu tumbuk sehingga lumat

Langkah pertamanya... masukan sedikit minyak ke dalam kuali... panaskan

Apabila minyak sudah panas boleh terus masukan bawang yang telah direncah tadi (Tumbuk kasar-kasarlah)

Biarkan sehingga kekuningan... tetapi jangan lupa kena kacau sekali-sekala tu... takut hangit

Kemudian teruslah boleh masukan cili Kering yang telah diblend tadi

Biarkan ia sehingga masak dan garing macam gambar kat atas tu.. lepas tu masukan sedikit sahaja cuka makan

Dan terus je masukan udang ke dalam kuali

Kacaulah... dan masukan juga sedikit air (secawan air)

Seterusnya masukan kicap (tengok kuantiti kue teuw tu)

Seterusnya terus masukan Sos Tiram, sedikit garam dan gula

Masukan pula Daun Kucai

Kemudian terus pecahkan telur (2 buiji oklah)

Apabila dah hampir masak boleh macam ni boleh le masukan kue teuw dan kerang

Hummm.. ni lah rupanya

Masuk-masuk je...

Kue Teuw pun sama terus masukan

Macam nilah kemudian kacau hingga sebati

Apabila sudah sebati bolehlah masukan Tauge

Kacau lagi
Sudah masak... Apabila dah masak letak je kat tepi dapur

 Cara-Cara Membungkus Kue Teuw Pataya:
Telur mesti dipecahkan ke dalam bekas yang berasingan... masukan sedikit lada sulah dan kacau sehingga sebati... kuali pula perlu disapukan dengan sedikit minyak...kemudian terus panaskan kuali... apabila dah betul-betul panas tuangkan telur tadi mengikut pusingan kuali... buat bulatan...kemudian angkat kuali pusinglah mengikut pusingan jam atau sebagainya agar  ia menjadi bulatan penuh..kemudian biarkan sekejap....tutup api dan kemudian bolehlah menggunakan sudu untuk memastikan telur tidak melekat pada kuali

Macam ni sahaja (ingat panas tu)

Kemudian bolehlah letakkan Kue Teuw yang telah digoreng tadi

Bungkuslah ia

Tekan-tekan sikit supaya ia melekat

Lipat lagi sehingga menutupi semua Kue Teuw tadi... Kemudian telengkupkan pinggan ke atas Kue Teuw yang telah dibungkus... angkat kuali dan terbalikkan... pegang pinggan tu kuat-kuat takut terjatuh

Letakkan sedikit sos dan daun ketumbar sebagai hiasan

Tunggu nak makan je...

Yummmmmmmmmy.....

Amsyar dah nak makan dah tu

Untung kakak hari ni..umi masak special untuk kakak..Kalau masakan pataya-pataya ni kegemaran dialah ni.


Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...