Cara-Cara Membuat Asam Pedas Ikan Kembong

Dalam dua tiga hari ini selera makan aku agak menurun sikit mungkin kerana aku terlalu sibuk dengan tugasan ditempat kerja yang sememangnya menimbun-nimbun malah dalam masa yang sama sebagai seorang ibu dan juga seorang isteri aku kena juga melayan kerenah anak-anak yang sedang membesar ni...dan dalam masa yang sama dek tak tahan terlalu kepenatan aku tanpa segan silu bertanya tentang ubat kuat... haaaa sampai gitu kau... tapi tak cerita kat orang kau tak makan... untuk menaikan selera sendiri aku masak lee Asam Pedas ikan yang paling aku suka sejak dari kecil sampai lah sekarang... kalau orang masak apa je asalkan ikan kembung aku belasah habis-habis... Jom kita ke Laman Dapur Maya Ezujusoh

Asam Pedas Ikan Kembong A++

Bahan-bahannya:

Belacan

Bawang, Halia, Serai, Bungan Kantang, Cili Kering, Daun Limau Purut, Kacang Bendii, Terung, Tomato




Ikan Kembong (2 ekor)

Asam Jawa dan Serbuk Kari (aku lupa nak ambik gambar lee)

Cara-cara membuatnya:

Bahan untuk diblend bagi 2 ekor ikan  

Blendkan 

Sampai lumatlah

Kemudian boleh masukkan minyaklah dan panaskan

Apabila sudah panas masukkanlah bahan yang telah diblend tadi

Tumis sehingga garing

Apabila sudah garing masukkan sedikit serbuk kari

Kacau dan biarkan kari tadi sehingga garing juga, kalau macam nak hangit masukkan sedikit air

Kacau sehingga jadi macam ni... api tu jangan terlalu besar

Kemudian masukkan air

Biarkan sehingga mendidih

Ini pula air asam jawa (sikit je 1/3 cawan)


Apabila sudah medidih terus masukkan air asam jawa

Biarkan seminit dua

Kemudian masukkan bunga kantan dan daun limau purut

Campak-campak je... tunjukkan kepakaran anda

Sayur tu nak potong macam mana suka hati lah tapi kalau nak ikut cara aku pun oklah juga, tetapi ingat bendi jangan dipotong... belendir nanti... yang ini kita buat sambil-sambil je lah

Sebelum masukkan sayuran tadi masukkan dulu ikannya

Ikut giliranlah

Masukkan terung

Masukkan gula

Masukkan garam

Masukkan juga ajinomoto

Masukkan semua sekalilah


Biarkan sehingga ia mendidih selama beberapa minit (tengok lee... kalau sudah masak padamkan apinya)

Sudah masak... hidangkanlah

Selamat mencuba.

7 comments:

  1. salam...
    first time saya tgk resipi asam pedas letak kari. huhu...
    saya pun baru2 ni jer nak pandai masak asam pedas. dah jadi surirumah ni kena rajin cari resipi. kalau sama jer nanti anak2 boring pulak kan.

    seronok nak cuba resipi dalam blog ni. jemput singgah blog saya jika sudi ya. tq

    http://maipilihdotcom.blogspot.com/2014/09/10-manfaat-mealshakes-untuk-kanak-kanak.html

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan ye kak..sedap2 belaka menu akak .

    ReplyDelete
  3. Mesti unik rasa asam pedas ni bila letak serbuk kari ni. Thanks share resipi ni step by step ya. Insya Allah boleh cuba nanti.

    lifeisaboutsharingstories.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. kalau ikut selera ezu dan famili memang terangkat sangatlah kerana rasanya memang sedap dan yang pastinya cuba sekali pasti akan ada kali kedua dan ketiganya...

    ReplyDelete
  6. Insyaallah bermula dalam bulan Ramadhan ni ezu akan kembali aktif dengan resipi-resipi baharu yang mudah dan menyelerakan. Semoga Allah akan permudahkan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...