Cara-Cara Membuat Sambal Belacan Bakar

Hari tu aku dah share  bagaimana cara-cara nak membuat sambal belacan ... hari ni juga aku nak share bagaimana cara-cara nak buat sambal belacan juga tetapi yang bakar punya... kebanyakan bahannya dibakar dan bahan-bahannya ada penambahan kalau nak dibandingkan dengan yang dulu tu... tapi rasanya juga amat sedap... pada aku kedua-duanya sedap dan masing-masing mempunyai keistimewaan rasanya yang tersendiri... dan rugi sebenarnya kalau tak mencuba... jom


Sambal Belacan Bakar
Bahan-Bahannya:
Asam Jawa

Belacan

Tomato, Bawang Putih, Bawang Besar (kuning), Limau Kasturi, Cili Besar, Cili Padi Merah dan Hijau


Cara-Cara Membuatnya:

Bakar Belacan, Bawang Putih,Tomato dan Bawang Besar 

Bakar sampai jadi macam dalam gambar tu...

Limau Kasturi dibelah dua

Perah untuk dapatkanairnya... tapi ingat kulitnya tu jangan dibuang

Air Limau Kasturi

Air Asam Jawa (secawan)

Masukan semua bahan ke dalam blender

Kemudian masukan secawan air Limau Kasturi

Tuangkan semuanya

Masukan juga secawan air Asam Jawa

Macam tulah rupanya... Kemudian terus je blend

Jangan terlalu lumat... tapi jangan lupa masukan secawan gula, garam ikut kuantiti cili ,dan juga serbuk perasa 

Ni rupanya dari sudut atas

Ini pula bahan yang perlu dihiris halus

Limau Kasturi dihiris halus

Kemudian masukan ke dalam Sambal yang telah diblend tadi

Tomato juga dihiris nipis-nipis-nipis

Masukan juga ke dalam bahan yang telah diblend tadi

Bawang Besar juga perlu dihiris nipis-nipis
Kemudian masukan juga ke dalam sambal tadi 
Kemudian gaulkanlah sehingga sebati

Gaul lagi

Gaul lagi

Dah siap... boleh terus dimakan atau simpan dulu di dalam peti ais supaya rasa masam, manis, dan pedas sebati

Yummmyyyyyyyyyy.... amat sedap dimakan dengan kuah kerutuk atau ikan bakar.



Selamat Mencuba.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...