Cara-Cara Membuat Laksa Special Matdingunung

Akhir-akhir ini setiap petang aku akan menyediakan juadah petang untuk suami aku..Sebut je juadah tetapi masih lagi makanan berat... Coz apabila suami aku tukar kerja daripada kerja separuh hari kepada kerja seharian kesian lah pulak kalau langsung tak merasa masakan rumah... lebih-lebih lagi suami aku ni memang jenis suka makan di rumah...jadi sesibuk manapun aku mesti masak juga... walaupun kalau ikut penat tu memang lah penat tapi masa kami hari ini tidak sebanyak masa yang dapat kami luangkan bersama macam dulu-dulu... masing-masing sibuk... Sebenarnya hari ini aku masak satu menu baru kuah Laksa. Di mana kuahnya aku ubah suai sikit supaya rasanya berbeza sedikit dengan Laksa-laksa   yang pernah aku masak sebelum ni....Anak aku Si Athir  kata ni Laksa Matdingunung... tergelak abahnya...tapi apa-apa pun... Jom kita ke Laman Dapur Maya Ezujusoh.

Laksa Special Matdingunung
                               

Bahan-Bahannya:



Bawang Besar, Halia, Serai, Belacan, Udang Kering, dan Cili Kering
Ikan Sardin (kukus terlebih dahulu)
Laksa segera
Kelapa parut (untuk dapatkan santannya)

Daun Kesom

Serbuk kari (sedikit sahaja)
 Cara-Cara Membuatnya:

Semua bahan tadi diblend dulu

Blend sehingga macam ni lah

Kemudian boleh terus panaskan minyak

Ini pula antara ulam-ulaman yang aku gunakan... iaitu Timun, Salad, dan Yellow Onion
Apabila minyak sudah panas... masaukkan semua bahan yang telah diblend tadi.. Tumislah sehingga garing

Asam Keping
Masukkan Asam Keping  di dalam bahan yang sedang ditumis 
Apabila sudah garing... masukkan pula sedikit serbuk kari (satu sudu je)
Banyak ni je lah
Kacau sehingga kari tadi garing juga

Ikan yang telah dikukus tadi perlu dibuang tulang-temulangnya... manakala isinya diblen sehingga lumat dan terus dimasukkan ke dalam bahan tadi  

Tuang saja... tapi kena pastikan dahulu semua bahan tadi ditumis sehingga garing dahulu

Kemudian kacau lagi
Sambil-sambil itu bolehlah blend kelapa parut untuk dapatkan santan... dan  jangan lupa blendkan juga tulang-temulang ikan tadi... tapis dan masukkan tapisannya ke dalam adunan tadi

Kemudian terus masukkan santan

Kacau lagi

Jangan berhenti.... kacau dan terus kacau

Opppss lupa... kena masukkan juga Daun Kesom... Kacau lagi

Apabila mendidih. Masukkan garam, dan gula... kalau tak yakin dengan rasanya masukkan sedikit serbuk perasa... dah cukup rasa... padamkan apinya.. ummmmm baunya.. 

Sudah siap...
Ini pula air rebusan untuk mencelur Laksa segera

Air mendidih je... padamkan apinya

Masukkan Laksa

Kacau sikit

Biarkan seketika

Toskan

Ulam pulak... Timunnya dipotong panjang

Bawang pula dibelah dua dan dihiris nipis

Salad pulak dihiris juga tetapi jangan terlalu halus

Masukkan semuanya ke dalam mangkuk macam ni....jangan lupa juga sambal belacan.. OK.. It's ready now


Selamat Mencuba.


























































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...