Sayur Goreng Campur
| Ini antara sayur-sayuran yang digunakan, nak guna yang lainpun tak apa... janji tak mabuk, Kacang Panjang, Karot, Lada Benggala Merah dan Hijau, Brokoli, Cendawan, Asparagus |
| Cendawan Hitam (kering) |
| Rendam dulu ya |
| Udang yang telah dibuang kulitnya |
| Bawang Besar dibelah 8, Bawang Putih, dan Cili dibelah dua |
| Dan Sos Tiram |
Cara-cara membuatnya:
| Apabila Cendawan Hitam tadi sudah kembang... bilaslah |
| Kemudian potonglah |
| Panaskan minyak. Kemudian tumislah Bawang Putih sehingga kekuningan |
| Kemudian bolehlah masukan udang |
| Apabila udang tadi separuh masak, bolehlah masukan Sos Tiram |
| Tuang jelah tapi jangan terlalu banyak |
| Kemudian masukanlah sedikit air sahaja... Ingat sikit je coz ni tak de kuah... kalau tak masuk air sikit takut sayur-sayur tu tak masak nanti |
| Apabila air sudah mendidih bolehlah masukan kesemua sayuran tadi sekali gus ke dalam kuali |